CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Masak Terima Panggilan Sebelum Maut Bungkusan Diletak Atas Keretanya Meletup

30-12-2022 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2783| Komen: 12

Tukang masak yang maut akibat letupan dari bungkusan diletak di atas keretanya di Pandan Indah, Ampang Jaya malam tadi, dikatakan menerima satu panggilan telefon lalu bergegas keluar menuju ke kenderaannya sebelum insiden meragut nyawa itu.


Perkara itu diberitahu rakan sekerja mangsa di sebuah restoran berdekatan tempat kejadian kepada saksi insiden letupan di Jalan Pandan Indah 12/1 yang turut dimaklumkan terdapat serpihan letupan mengandungi bateri, belerang, pisau dan alat pengecas mudah alih (power bank).


Kereta tukang masak yang maut dalam letupan berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, Ampang Jaya, malam tadi.

Menurut saksi berkenaan yang enggan dikenali, dia sebelum itu singgah di stesen minyak berdekatan lokasi kejadian ketika dalam perjalanan menjemput anaknya dari rumah mentua di Pandan Indah apabila apabila terdengar bunyi letupan sangat kuat, kira-kira jam 8.45 malam.


"Bunyi letupan sangat kuat sehingga telinga saya berdengung. Saya tidak terus ke lokasi kerana bimbang ada lagi letupan. Selepas seketika, saya ke situ dan nampak mangsa dalam keadaan berlumuran darah menjerit minta tolong sebelum dibawa dengan kenderaan orang awam ke hospital.

"Berdasarkan maklumat orang awam di lokasi, terdapat serpihan letupan mengandungi bateri, belerang, pisau dan 'power bank' di situ. Saya juga dimaklumkan oleh pekerja restoran di situ, mangsa terima panggilan telefon memintanya ambil barang di luar restoran beberapa minit sebelum kejadian," katanya.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian pagi tadi mendapati polis sudah memasang tali pita larangan memasuki kawasan beberapa premis berhampiran restoran berkenaan dengan pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dilihat berada di lokasi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam tadi, tukang masak berusia 28 tahun berkenaan dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah.

Sebaik mangsa memegangnya, bungkusan dalam plastik itu dipercayai terus meletup, menyebabkan lelaki terbabit cedera serius pada badan dan tangan sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan.

Polis menjalankan siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 30-12-2022 04:36 PM
Wow... dah mcm dlm movie. Bunuh pakai bom buatan sendiri je
Quote jfq 30-12-2022 04:49 PM
Saya juga dimaklumkan oleh pekerja restoran di situ, mangsa terima panggilan telefon memintanya ambil barang di luar restoran beberapa minit sebelum kejadian.

Polis boleh trace siapa yg call mangsa
Quote Buritan 30-12-2022 04:51 PM
jfq replied at 30-12-2022 04:49 PM
Saya juga dimaklumkan oleh pekerja restoran di situ, mangsa terima panggilan telefon memintanya ambi ...

Haruuu kalo jnt yg call
Quote ekselen 30-12-2022 05:04 PM
Kwn iols pun ckp skrg nk nk bunuh org boleh guna fon call je... So berhati2 la kalo dpt parcel yg diragui..bkn brg yg kita beli atau  order online.
Quote jazaa100 30-12-2022 05:21 PM
Hosp pantai kt depan tu je ....
Hosp ampang jauh jugak.....
Quote Adrif 30-12-2022 08:14 PM
takziah..

dasyat2 kes zaman sekarang ni
Quote caca_eric 30-12-2022 08:27 PM
Kesiannyaaaa
Quote Supersirap 30-12-2022 11:17 PM
Kita tunggu cerita yang sebenar
Quote kakikuDibibirmu 30-12-2022 11:20 PM
Tak pernah terima parcel malam-malam
Quote t_hahahaha 1-1-2023 09:45 PM
now memang ada syarikat kurier hantar sampai malam (ie. shopee express)
Quote Zeatyisaac 1-1-2023 10:07 PM
I pernah dapat courier malam, nasib tak hujan, dahlah kawan hantar makanan.
Quote KirazMevsimi 2-1-2023 01:29 PM
Allahuakbar. moga cepat tertangkap si penjahat tu. geram. ntah apa la dendam nya pada si mangsa

mohon dijauhkan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.102122 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top