CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Boleh Minta Refund, Konsert Hael Batal Sebab Tak Sihat

30-12-2022 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5982| Komen: 48

Selepas menangguhkan konsert Hael Husaini Live in KL yang sepatutnya berlangsung pada 19 Februari 2023, penyanyi lagu Jampi ini hadir pula dengan berita buruk apabila mengumumkan bahawa konsert tersebut kini dibatalkan.


Menerusi satu kenyataan yang dihantar syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment, pembatalan konsert tersebut terpaksa dilakukan memandangkan Hael kini sedang mengalami masalah kesihatan.


IG Rocketfuel Entertainment/Hael

“Terlebih dahulu kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan di atas pembatalan konsert Hael Husaini Live In KL ini.

“Kebelakangan ini tahap kesihatan Hael tidak berapa baik kerana jadual kerjanya yang terlalu padat. Setelah berbincang dengan doktor, dia dinasihatkan untuk berehat daripada segala aktiviti buat sementara waktu sehingga dia benar-benar sudah sihat,” katanya.




Selain itu, menerusi kenyataan yang sama, pihak pengurusan yang diwakili oleh Joe Saiful juga memaklumkan sudah memulangkan semula wang peminat yang membeli tiket konsert berkenaan.

“Saya faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert. Saya beri jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan pemulangan wang yang penuh.

“Segala pengembalian wang boleh dilakukan pada laman web yang tertera dalam kenyataan media ini,” katanya.

Peminat boleh menghubungi talian Ubertickets WhatsApp Hotline 019 5881810 untuk proses pengembalian wang tiket konsert.

Untuk info, konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada 4 Disember lalu namun ditangguhkan kepada 19 Februari 2023 sebelum dibatalkan.

Dalam beberapa kenyataan dengan pihak media sebelum ini,Hael pernah meluahkan keterujaannya untuk beraksi dan bertemu peminat menerusi penganjuran konsert tersebut.

Malah, dia juga menganggap ia sebagai impian yang bakal menjadi kenyataan selepas 15 tahun menceburkan diri dalam dunia seni muzik.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tukul.Besi 30-12-2022 02:48 PM
Tak laku la tuuuu
Quote gideoncross 30-12-2022 02:55 PM
Muka heol dlm poster merah tu ada ala2 James Charles skit.
Quote gideoncross 30-12-2022 02:55 PM

Sllunya klau concert yg tiba2 batal ni mmg btul psl x laku dlm bab pnjualan tiket.
Quote misspokoyo 30-12-2022 02:56 PM
Tak sihat ke tak laku…
Quote selipar_hijau 30-12-2022 03:00 PM
Sakit apa pulak tu helina nyee
Quote She-Ra 30-12-2022 03:02 PM
nk kata tak laku, takkan la sb haritu mcm tulis sold out
Quote dudaberhias 30-12-2022 03:03 PM
sakit menonggeng kehausan ke tu haelina...
Quote rayray28 30-12-2022 03:29 PM
Elok je nampak berjalan ke sana sini..ada je show tibe2 bln feb lama lagi dh kata kensel sbb x sihat
Quote inspektoremos21 30-12-2022 03:40 PM
Iols teringat konsert raihan yg katanya nak buat bulan 11 ke 12. Senyap je ni. Tak jadi la tu eh
Quote Rogue98 30-12-2022 03:45 PM
Tak sihat ke atau jadual padat? Atau tak laku?
Aku kira tau likes kat IG dia (walaupun dia off kan function no of likes) ...kadang 80-100 likes jer. Orang tak minat lah wannabe K-pop ni...dah lah gayah pulak tu.
Quote sallzee 30-12-2022 03:45 PM
Lama nyer ko demam nyah. berbulan2
tp xper ler, i xminat ko pon
Quote lee_sakura 30-12-2022 03:51 PM
konsert lg 2bulan, tp dr skrg dh ckp tak sihat...sesuatu sgt alasan tu...sama ada jadual padat atau dpt offer lg lumayan
Quote KamikuP 30-12-2022 03:58 PM
NNti dah sihat bole le bergabung dgn Acik Ani buat konsert Malai Solo bersama Haelina
Quote laksmanabentan 30-12-2022 04:09 PM
hahahahaha.... tak laku ler tuh....
hahahahhaa..
Quote slyfynx 30-12-2022 04:14 PM
Nape la nk ubah sgt muke tu?
Seriau lak aku tgk
Quote rayna_raynes 30-12-2022 04:22 PM
Ctfantasi replied at 30-12-2022 03:23 PM
Sebenarnya kan, masa dia start jual tiket sebelum ditunda tu iols dah curious tau. Ada ke masa dia ...

Masa SFMM hari tu pun struggle betul dia nyanyi so betullah tak sihat.

On the other hand, Mafa yang kena Covid stage 5 suara dia tak affected langsung


Quote hyie 30-12-2022 04:41 PM
nooo komennnnnnnnnnn
Quote GegarVaganja 30-12-2022 04:50 PM
Ctfantasi replied at 30-12-2022 03:23 PM
Sebenarnya kan, masa dia start jual tiket sebelum ditunda tu iols dah curious tau. Ada ke masa dia ...

Syarat duduk kat Haram zone tu kena vogel ke chuolls?


Quote pencintaABC 30-12-2022 05:24 PM
Tak laku mcm konsert kak ani ke?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.166081 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top