CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Enam Anak Cuba Campak Bayi Dalam Longkang Didenda RM12,000

30-12-2022 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1787| Komen: 18

Ibu enam anak didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas kesalahan cuba mencampak bayinya berusia setahun ke dalam longkang.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh, Sharifah Noraini Mohd. Zali, 33, selepas mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan didapati telah menyebabkan penama mungkin mengalami kecederaan fizikal apabila cuba mencampakkannya ke dalam longkang.


Anggota polis mengiringi tertuduh yang didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh didakwa telah mendedahkan penama kepada kecederaan dengan cara dia yang memegang penama melompat dari motosikal ke atas jalan raya bersama-samanya.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan antara pukul 8.40 malam hingga 9.40 malam di Jalan Pandan, Taman Pandan Maju dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Julai 2021.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.

Sebagai tambahan hukuman jika disabitkan hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dengan apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh mahkamah.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian telah berlaku pergaduhan antara tertuduh dengan ibu saudaranya.

Tidak lama kemudian wanita itu menerima panggilan daripada sepupu tertuduh memaklumkan ternampak wanita muda itu cuba membaling anaknya berusia lingkungan satu tahun ke dalam sungai di Jambatan Panglima Awang.

Sepasukan ‘task force’ telah datang ke lokasi untuk memberikan bantuan, namun tertuduh telah melarikan diri ke Jalan Pandan sekitar pukul 9 malam.

Tertuduh berjaya dikesan dan ketika didekati polis, tertuduh menjerit ‘korang jangan dekat, kalau korang dekat aku campak budak ni ke dalam longkang’ sambil tangannya menggantung anaknya dan cuba melepaskannya ke dalam longkang.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam Goh Chin Han merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan ketika kejadian tertuduh yang perlu menjaga enam anak mengalami kemurungan kerana tidak mendapat sebarang pekerjaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal bagaimanapun memohon hukuman berat diberikan dengan hujah tertuduh tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dengan menjadikan kemurungan sebagai alasan kerana telahpun mempunyai pengalaman menjaga lima anaknya yang lain.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Mohd. Sabri menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga tahun penjara jika gagal bayar.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan bon berkelakuan baik sebanyak RM5,000 tanpa cagaran selama dua tahun.


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 30-12-2022 02:47 PM
Pasti dia dalam problem sampai nak bertindak macam tu.  Sayangnya perbuatannya tu tambah menyusahkan dirinya sendiri.
Quote apech 30-12-2022 02:52 PM
yg pasti nak buat apa kecederaan tolong buat pd diri sendiri. jgn melibatkan org lain. Org lain ada hak utk hidup. ko tak nak hidup, mati sendiri shj.
Quote saviour_09 30-12-2022 03:57 PM
anak dah 6

takkan tiba2 nak buang pulak si  baby

something wrong somewhere

moga dipermudahkan

tok laki nya manaaaa???
Quote KamikuP 30-12-2022 03:59 PM
Laki dia mana? Ke dah jadi bewak hidop?
Quote mejaputih 30-12-2022 04:01 PM
Ramainya suami useless kat malaysia ni...yg pompuan jugak kena tanggung anak2...
Quote albedah 30-12-2022 04:06 PM
Ko masuk je penjara kak... Biar sedara mara kau yg tatau pasal problem kau hadap anak tu jaga anak kau... Baru dia rasakanm.. membebel bagi kau stresss jahhhhhj.... 3 tahun kau bley makan tido bertenang me time.
Quote nini_azmi 30-12-2022 04:11 PM
Laki biawak ke penagih ni. Sian pompuan ni stress. Keluarga mertua tak ambik tau ke?
Tggjwb keluarga mertua juga utk menanggung anak2 tu. Pompuan tu tak perlu bekerja pun.
Menjawab la tok nenek nnt di akhirat nnt
Quote faraway1 30-12-2022 05:03 PM
Adakah dia masih jaga anak anak dia lagi.
Quote Suchi 30-12-2022 07:28 PM
Sesapa leh la bayarkan 6k tu. taktau apa masalah dia sampai nak campak anak sendiri lak tu
Quote Cokoro 30-12-2022 07:37 PM
6 dh anak dia. Iols ada ank tekak je
Quote mejaputih 30-12-2022 07:52 PM
Cokoro replied at 30-12-2022 07:37 PM
6 dh anak dia. Iols ada ank tekak je

Harap lps ni ada initiative utk stop beranak..potong aje anu lakinya...
Quote MistrezHermanaz 30-12-2022 09:45 PM
Mana tau dia ada masalah, xde yg bg kaunseling ke.. Tok laki dia manaaaa.. Balik2 pompuan yg kene
Quote cmf_premierleag 30-12-2022 09:48 PM
Esok si anak tu dh dewasa mesti lagi kemurungan dia bila tahu mak dia dulu nk humban ke longkang sbb mak dia takde job ms zmn PKP dulu
Quote dudaberhias 30-12-2022 09:52 PM
sampai 6 orang anak... sah2 la stress... lain la kaya raya ada pembantu semua....

yang ko pun keje mengongkek tak henti dah kenapa dikkkkkk...

di zaman era nak masuk 2023 masih ada lagi ke yang tak reti beli online pil perancang atau kondom... nak kata malu nak beli boleh je ko bubuh nama receiver tu sebagai nama si tomyam atau puad rahman... takpun bubuh je nama kaka dudaberhias...  lepastu mintak balut secure plastik hitam semua... asalkan kau tak pilih jalan untuk menyusahkan hidup kau lagi dengan beranak bertimbun2....
Quote hareeeesah 31-12-2022 01:00 PM
Lawyers or court check tak background, laki dia mana ke apa sampai dia jadi gini? Yg mohon hukuman berat tu kot betul dia ada problem tp xmampu nak reach out for help..
Quote _blackbird 31-12-2022 11:12 PM
Tak cerita pula masih berlaki ke janda. ermmm
Quote AJENALI 1-1-2023 12:17 AM
Tekanan hidup ni, ibu kandung jarang cederakan anak kalau bukan sebab meroyan, kes mental or dadah

Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’ mal maula wa ni’man nassir

Bila kite rasa kite dah cukup tertekan. Ada lagi insan lain y punya masalah lebih kuat allah berikan

InsyaAllah ..Semoga allah angkat bebanan y akak hadapi dan gantikan dengan berjuta2 pahala dan hikmah yang paling indah.. aminn ya allah ya mujib
Quote chandrahusin 1-1-2023 03:46 AM
Dalam perbicaraan kes2 mcm ni
Takde ke lehadiran pakar2 psychology?
Dr details atas tu pempuan ni mcm mentally disturbed
Org normal tak akan acah2 nak humban anak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.135891 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top