View: 1519|Reply: 18
|
Ibu Enam Anak Cuba Campak Bayi Dalam Longkang Didenda RM12,000
[Copy link]
|
|
Ibu enam anak didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas kesalahan cuba mencampak bayinya berusia setahun ke dalam longkang.
Hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh, Sharifah Noraini Mohd. Zali, 33, selepas mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan didapati telah menyebabkan penama mungkin mengalami kecederaan fizikal apabila cuba mencampakkannya ke dalam longkang.
 Anggota polis mengiringi tertuduh yang didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh didakwa telah mendedahkan penama kepada kecederaan dengan cara dia yang memegang penama melompat dari motosikal ke atas jalan raya bersama-samanya.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan antara pukul 8.40 malam hingga 9.40 malam di Jalan Pandan, Taman Pandan Maju dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Julai 2021.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama.
Sebagai tambahan hukuman jika disabitkan hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dengan apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian telah berlaku pergaduhan antara tertuduh dengan ibu saudaranya.
Tidak lama kemudian wanita itu menerima panggilan daripada sepupu tertuduh memaklumkan ternampak wanita muda itu cuba membaling anaknya berusia lingkungan satu tahun ke dalam sungai di Jambatan Panglima Awang.
Sepasukan ‘task force’ telah datang ke lokasi untuk memberikan bantuan, namun tertuduh telah melarikan diri ke Jalan Pandan sekitar pukul 9 malam.
Tertuduh berjaya dikesan dan ketika didekati polis, tertuduh menjerit ‘korang jangan dekat, kalau korang dekat aku campak budak ni ke dalam longkang’ sambil tangannya menggantung anaknya dan cuba melepaskannya ke dalam longkang.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam Goh Chin Han merayu agar hukuman ringan diberikan dengan alasan ketika kejadian tertuduh yang perlu menjaga enam anak mengalami kemurungan kerana tidak mendapat sebarang pekerjaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal bagaimanapun memohon hukuman berat diberikan dengan hujah tertuduh tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dengan menjadikan kemurungan sebagai alasan kerana telahpun mempunyai pengalaman menjaga lima anaknya yang lain.
Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Mohd. Sabri menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga tahun penjara jika gagal bayar.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan bon berkelakuan baik sebanyak RM5,000 tanpa cagaran selama dua tahun.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pasti dia dalam problem sampai nak bertindak macam tu. Sayangnya perbuatannya tu tambah menyusahkan dirinya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
yg pasti nak buat apa kecederaan tolong buat pd diri sendiri. jgn melibatkan org lain. Org lain ada hak utk hidup. ko tak nak hidup, mati sendiri shj. |
|
|
|
|
|
|
|
anak dah 6
takkan tiba2 nak buang pulak si baby
something wrong somewhere
moga dipermudahkan
tok laki nya manaaaa??? |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia mana? Ke dah jadi bewak hidop? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya suami useless kat malaysia ni...yg pompuan jugak kena tanggung anak2... |
|
|
|
|
|
|
|
Ko masuk je penjara kak... Biar sedara mara kau yg tatau pasal problem kau hadap anak tu jaga anak kau... Baru dia rasakanm.. membebel bagi kau stresss jahhhhhj.... 3 tahun kau bley makan tido bertenang me time. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki biawak ke penagih ni. Sian pompuan ni stress. Keluarga mertua tak ambik tau ke?
Tggjwb keluarga mertua juga utk menanggung anak2 tu. Pompuan tu tak perlu bekerja pun.
Menjawab la tok nenek nnt di akhirat nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah dia masih jaga anak anak dia lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesapa leh la bayarkan 6k tu. taktau apa masalah dia sampai nak campak anak sendiri lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
6 dh anak dia. Iols ada ank tekak je  |
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 30-12-2022 07:37 PM
6 dh anak dia. Iols ada ank tekak je
Harap lps ni ada initiative utk stop beranak..potong aje anu lakinya... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana tau dia ada masalah, xde yg bg kaunseling ke.. Tok laki dia manaaaa.. Balik2 pompuan yg kene |
|
|
|
|
|
|
|
Esok si anak tu dh dewasa mesti lagi kemurungan dia bila tahu mak dia dulu nk humban ke longkang sbb mak dia takde job ms zmn PKP dulu |
|
|
|
|
|
|
|
sampai 6 orang anak... sah2 la stress... lain la kaya raya ada pembantu semua....
yang ko pun keje mengongkek tak henti dah kenapa dikkkkkk...
di zaman era nak masuk 2023 masih ada lagi ke yang tak reti beli online pil perancang atau kondom... nak kata malu nak beli boleh je ko bubuh nama receiver tu sebagai nama si tomyam atau puad rahman... takpun bubuh je nama kaka dudaberhias... lepastu mintak balut secure plastik hitam semua... asalkan kau tak pilih jalan untuk menyusahkan hidup kau lagi dengan beranak bertimbun2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lawyers or court check tak background, laki dia mana ke apa sampai dia jadi gini? Yg mohon hukuman berat tu kot betul dia ada problem tp xmampu nak reach out for help.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cerita pula masih berlaki ke janda. ermmm |
|
|
|
|
|
|
|
Tekanan hidup ni, ibu kandung jarang cederakan anak kalau bukan sebab meroyan, kes mental or dadah
Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’ mal maula wa ni’man nassir
Bila kite rasa kite dah cukup tertekan. Ada lagi insan lain y punya masalah lebih kuat allah berikan
InsyaAllah ..Semoga allah angkat bebanan y akak hadapi dan gantikan dengan berjuta2 pahala dan hikmah yang paling indah.. aminn ya allah ya mujib
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam perbicaraan kes2 mcm ni
Takde ke lehadiran pakar2 psychology?
Dr details atas tu pempuan ni mcm mentally disturbed
Org normal tak akan acah2 nak humban anak |
|
|
|
|
|
|
| |
|