CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senyum Lebar Zeti Aziz Beli Setem Papar Wajah Bapa

30-12-2022 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1784| Komen: 18

Setelah sekian lama sepi tanpa khabar berita, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tampil buat julung kali di ibu negara, semalam.

Menurut hantaran Pos Malaysia Berhad menerusi laman sosialnya, beliau datang ke ibu pejabat agensi itu di Kuala Lumpur membeli setem edisi khas yang mula dijual semalam.


FB Pos Malaysia

“Beliau hadir untuk mendapatkan sendiri koleksi setem Edisi Cendekiawan yang memaparkan almarhum ayahandanya, Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid,” jelasnya.

Pos Malaysia turut memuat naik foto-foto menunjukkan keceriaan Zeti menyantuni petugas firma kurier nasional itu selain menandatangani lembaran sampul hari pertama.


Sambil merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan beliau, agensi berkenaan turut mengajak masyarakat khasnya peminat filateli untuk mendapatkan koleksi setem tersebut.

Koleksi kali ini merupakan keluaran terakhir dan menjadi simbolik penutup kalendar 2022 yang bermula dengan edisi khas bertemakan ‘Bunga Boleh Dimakan’ awal Januari lepas.

Ini diikuti antaranya ialah tema Kuih Tradisional, Hidupan Liar Terancam, Air Terjun di Malaysia, Perahu Tradisional, 50 Tahun Bandar Raya Kuala Lumpur dan Hiasan Kepala Lelaki.

Untuk keluaran istimewa terkini itu pula, selain dari Ungku Aziz, dua tokoh lagi ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba.

Penampilan edisi tersebut sebagai usaha menyeru rakyat memperingati cendekiawan hebat itu yang memberi sumbangan kepada negara agar legasi mereka tidak dilupakan.

Setiap set lengkap akan mengandungi sekeping sampul surat hari pertama dengan setem, satu lembaran dan tiga helaian yang masing-masing ada 20 setem bagi setiap tokoh itu.

Kesemua dijual dengan harga RM61.10 dan mereka yang berminat boleh membelinya di semua pejabat pos besar setiap ibu negeri serta 94 cawangan Biro Filateli Pos Malaysia.

Ini termasuk pejabat pos di kebanyakan bandar utama seluruh negara dan empat institusi pengajian tinggi awam sekitar Lembah Klang antaranya Universiti Malaya di ibu negara.

Peminat turut boleh melaksanakan tempahan pembelian atas talian menerusi pautan daripada laman sesawang rasmi Pos Malaysia iaitu http://bit.ly/CendekiawanDiMalaysia

Agensi tersebut yang diwujudkan sejak zaman penjajahan British awal 1800-an, banyak menerbitkan setem khas bersempena tema tertentu atau peringatan peristiwa penting.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 30-12-2022 01:47 PM
So nak kena tangkap ke tak kena tangkap zeti ni?
Quote shernazz 30-12-2022 01:57 PM
Muka ungku aziz dalam.bunting tu mcm muka.robin williams plak..
Quote sharlenetexas 30-12-2022 01:58 PM
Sheols tak pernah cakap Melayu ke?


Quote Artemesiaa 30-12-2022 02:00 PM
Mana2 anak pun sama je reaksi mereka kalau muka pak mereka ada pada setem macam tu.
Quote tungkai 30-12-2022 02:42 PM
sharlenetexas replied at 30-12-2022 01:58 PM
Sheols tak pernah cakap Melayu ke?

Dia ni susah nak tengok dia cakap Melayu depan TV atau press conference. Ada dia cakap Melayu cuma bahasa dia ala2 standard BM gitu bukan style mcm kita ckp ni...
Quote pinggan 30-12-2022 02:56 PM
Cantik Hermes Zeti
Quote supernaturalee 30-12-2022 03:18 PM
prof rashdan dgn prof khoo nmpk nak iras
igtkan adik ke abg dia td
Quote Decaffeinated 30-12-2022 03:43 PM
budak2 zaman now tau ka setem tu apa?

aku pernah ditanya macam mana nak tulis address atas envelope.

Quote jfq 30-12-2022 03:49 PM
Decaffeinated replied at 30-12-2022 03:43 PM
budak2 zaman now tau ka setem tu apa?

aku pernah ditanya macam mana nak tulis address atas envelope ...

Hah
Kat sekolah dulu siap belajar nak tulis address tu ada jarak dia berapa cm  dari border sampul surat tu
Quote Decaffeinated 30-12-2022 04:08 PM
jfq replied at 30-12-2022 03:49 PM
Hah
Kat sekolah dulu siap belajar nak tulis address tu ada jarak dia berapa cm  dari border sampul ...

zaman dah berubah. tulisan budak2 sekarang pun hodoh seketul2. bila ditanya kenapa tak sambung ja huruf2 tu dorang jawab cikgu tak ajar

Quote Buritan 30-12-2022 04:10 PM
Dah tua dah...
Quote tintin22 30-12-2022 04:13 PM
hobi-mengumpul setem
Quote margo20 31-12-2022 01:15 AM
La igtkan dpt free sbb ade muka bapak dia
Quote Rogue98 31-12-2022 01:19 AM
Amboiiii...mahkamah tak datang mc berbelas hari...
Quote ultra78 31-12-2022 01:54 AM
Ada vending machine yg hanya terima note yang disign oleh dia sahaja
Quote Kupol 31-12-2022 06:54 PM
Kenangan terpahat abadi,
Quote edayildiz 31-12-2022 07:08 PM
setem guna lg ke skrg? tp tgk surat surat masih jgk ada tampal setem
Quote hyie 31-12-2022 10:25 PM
tak silap sheols kat luar cakap BM loghat Kedah...baca kat forum ni jugak dulu ada orang citer. Takde ke staf BNM kat sini yang pernah jumpa sheols f2f dengar cakap BM? gittew

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.343479 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top