View: 1431|Reply: 18
|
Senyum Lebar Zeti Aziz Beli Setem Papar Wajah Bapa
[Copy link]
|
|
Setelah sekian lama sepi tanpa khabar berita, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tampil buat julung kali di ibu negara, semalam.
Menurut hantaran Pos Malaysia Berhad menerusi laman sosialnya, beliau datang ke ibu pejabat agensi itu di Kuala Lumpur membeli setem edisi khas yang mula dijual semalam.
FB Pos Malaysia
“Beliau hadir untuk mendapatkan sendiri koleksi setem Edisi Cendekiawan yang memaparkan almarhum ayahandanya, Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid,” jelasnya.
Pos Malaysia turut memuat naik foto-foto menunjukkan keceriaan Zeti menyantuni petugas firma kurier nasional itu selain menandatangani lembaran sampul hari pertama.
Sambil merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan beliau, agensi berkenaan turut mengajak masyarakat khasnya peminat filateli untuk mendapatkan koleksi setem tersebut.
Koleksi kali ini merupakan keluaran terakhir dan menjadi simbolik penutup kalendar 2022 yang bermula dengan edisi khas bertemakan ‘Bunga Boleh Dimakan’ awal Januari lepas.
Ini diikuti antaranya ialah tema Kuih Tradisional, Hidupan Liar Terancam, Air Terjun di Malaysia, Perahu Tradisional, 50 Tahun Bandar Raya Kuala Lumpur dan Hiasan Kepala Lelaki.
Untuk keluaran istimewa terkini itu pula, selain dari Ungku Aziz, dua tokoh lagi ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba.
Penampilan edisi tersebut sebagai usaha menyeru rakyat memperingati cendekiawan hebat itu yang memberi sumbangan kepada negara agar legasi mereka tidak dilupakan.
Setiap set lengkap akan mengandungi sekeping sampul surat hari pertama dengan setem, satu lembaran dan tiga helaian yang masing-masing ada 20 setem bagi setiap tokoh itu.
Kesemua dijual dengan harga RM61.10 dan mereka yang berminat boleh membelinya di semua pejabat pos besar setiap ibu negeri serta 94 cawangan Biro Filateli Pos Malaysia.
Ini termasuk pejabat pos di kebanyakan bandar utama seluruh negara dan empat institusi pengajian tinggi awam sekitar Lembah Klang antaranya Universiti Malaya di ibu negara.
Peminat turut boleh melaksanakan tempahan pembelian atas talian menerusi pautan daripada laman sesawang rasmi Pos Malaysia iaitu http://bit.ly/CendekiawanDiMalaysia
Agensi tersebut yang diwujudkan sejak zaman penjajahan British awal 1800-an, banyak menerbitkan setem khas bersempena tema tertentu atau peringatan peristiwa penting.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
So nak kena tangkap ke tak kena tangkap zeti ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Muka ungku aziz dalam.bunting tu mcm muka.robin williams plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols tak pernah cakap Melayu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana2 anak pun sama je reaksi mereka kalau muka pak mereka ada pada setem macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni susah nak tengok dia cakap Melayu depan TV atau press conference. Ada dia cakap Melayu cuma bahasa dia ala2 standard BM gitu bukan style mcm kita ckp ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik Hermes Zeti |
|
|
|
|
|
|
|
prof rashdan dgn prof khoo nmpk nak iras
igtkan adik ke abg dia td |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 zaman now tau ka setem tu apa?
aku pernah ditanya macam mana nak tulis address atas envelope.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-12-2022 03:43 PM
budak2 zaman now tau ka setem tu apa?
aku pernah ditanya macam mana nak tulis address atas envelope ...
Hah
Kat sekolah dulu siap belajar nak tulis address tu ada jarak dia berapa cm dari border sampul surat tu
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman dah berubah. tulisan budak2 sekarang pun hodoh seketul2. bila ditanya kenapa tak sambung ja huruf2 tu dorang jawab cikgu tak ajar
|
|
|
|
|
|
|
|
La igtkan dpt free sbb ade muka bapak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiiii...mahkamah tak datang mc berbelas hari... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada vending machine yg hanya terima note yang disign oleh dia sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
setem guna lg ke skrg? tp tgk surat surat masih jgk ada tampal setem |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap sheols kat luar cakap BM loghat Kedah...baca kat forum ni jugak dulu ada orang citer. Takde ke staf BNM kat sini yang pernah jumpa sheols f2f dengar cakap BM? gittew |
|
|
|
|
|
|
| |
|