CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Kisah Kecaman Netizen, Kak KM Back Up Pakaian Seksi Anak-Anak

29-12-2022 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6686| Komen: 42

Tak sunyi daripada kontroversi, nama usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM sentiasa menjadi bualan serta kecaman netizen.

Terbaharu, penampilan anak perempuannya mengayakan gaun putih dilihat menjolok mata mengundang rasa kurang senang netizen.


IG Kak KM

Bengang membaca komen negatif itu, Kak KM memberitahu pakaian dipakai anak sulungnya iaitu Nabila Razman tidaklah keterlaluan seperti diperkatakan orang ramai.

"Waktu kahwin dulu-dulu dah pakai kebaya jadi sekarang bila sambut anniversary rasa macam nak pakai dress pula.

"Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress. Cuma waktu itu kak KM pakai rantai jadi boleh tutup bahagian dada, tetapi anak pula tak pakai.




"Suka hati mereka nak cakap apa. Kalau Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap bercakap," katanya kepada mStar.

Video majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-20 yang dimuat naik oleh Kak KM menerusi Instagram baru-baru ini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sementara itu, Kak KM memberitahu bahawa tindakan netizen yang sentiasa mencari salah itu sedikit sebanyak membantu mengembangkan lagi perniagaannya.

"Terima kasih kepada netizen sebab viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing sebab Kak KM memang suka viral.

"Sebab kalau tiada netizen yang bercakap fasal Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini," ujarnya.



Meskipun dikecam teruk, rata-rata pengikut memuji cara Kak KM menguruskan rumah tangga.

Lebih-lebih lagi melihat Kak KM melayan suami serta anak-anaknya dengan begitu baik selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

"Keluarga bahagia. Suka tengok ikatan kak KM dan keluarga. InshaAllah semoga terbuka hati untuk lebih menjaga aurat dan sopan selepas ini. Moga yang baik-baik untuk kita semua.

"Seorang yang baik pada keluarga. Seronok tengok keluarga Kak KM," komen netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 29-12-2022 10:46 PM
Den pun xkisah dan tak hingin nak rs simpati ke apa bila ko sudah pergi xkembali kelak...bak kata rabbani...ADA AKU KESAH...
Quote Aneem 29-12-2022 11:20 PM
Jenis baghal mmg tak boleh ditegur.
Deme ni stok manusia yang sentiasa membayangkan mereka akan tergolong dlm manusia yang mendapat pengakhiran hidup yang baik.
Ada lak netizen yg sama bahlol membekap.
Sesuai la.
Quote Cyempaka 29-12-2022 11:21 PM
Aku pelik bila netizen asyik puji baik dgn keluarga, rapat dgn keluarga, baik dgn mak, berbakti pd mak blebleble
Apa engkaurang xbaik dgn mak ke? Xberbakti pd mak? Xrapat dgn keluarga?  Sedih sgt ke family derang ni..
Biasala tu seorang anak berbakti dgn mak, xde apa yg pelik. Ramai lg kat luar yg mcm tu.. Malah lebih baik dr tu lg..
Peghak betul budak2 netizen ni
Quote Hoola 29-12-2022 11:27 PM
Edited by Hoola at 29-12-2022 11:29 PM

Xheran pun...ko nk pakai apa,beraksi apa..sndiri tggung la....
Netizen punya dosa msg2 pun xteetanggung..posa dhbis gnti ke uollss
Quote CikYaYaYa 29-12-2022 11:53 PM
diaa macam niee jee if ko spesis yang xberkerakk xdakk laa terok sangat kena kecam. nie masalahnya ko nie berkerakkk pastu duk menyeksi pulakk. So hadapp jelaa kenaa kecamm pon
Quote slyfynx 30-12-2022 12:11 AM
Die ni org komen sbb x cantik.
Tu yang die kene paham.
Kalau cantik, ko tayang orang suke je tgk
Quote anony-mous 30-12-2022 12:25 AM
I ok je dia xkisah. As long as ko jgn gatal2 nk suruh netizen delete kalau ank ko mati. Lepas tu yg poster salam takziah tu sila letak gmbar yg seksi. Xperlu la hormat si mati acah letak yg bertudung
Quote anony-mous 30-12-2022 12:26 AM
Cyempaka replied at 29-12-2022 11:21 PM
Aku pelik bila netizen asyik puji baik dgn keluarga, rapat dgn keluarga, baik dgn mak, berbakti pd m ...

Entah2 yg puji melangit tu mak yg tersakiti sbb ank miskin xmampu mcm kak km. So hint utk ank belikan kereta mewah, rumah besar
Quote awenda507 30-12-2022 01:18 AM
Xpyh tegur dh. Bkn dia peduli pun. Plus bkn first time pn anak dia pakai cm murahan sgt. Nak sgt belanja netizen, silakan.
Quote makton 30-12-2022 07:16 AM
nampak berlendir kat celah2 tek anak beranak ni.
sama berlengas mcm kuin kepam kat el eh sana. eh tiber
Quote sayurmayur88 30-12-2022 07:34 AM
anak lelaki dia hesmes
Quote brunesss 30-12-2022 08:53 AM
aku terpaksa baca 2 kali caption dia tu, sumpah pes time aku baca 'anak2 mana berkerak'. what a kampung dot com
Quote BellaThePrinces 30-12-2022 09:09 AM
my fren also idola kan kkm ni sbb sgt mjga hubungan keluarga kunun...

punyalah byk keluarga sakinah mawaddah kat luar tu yg bole djadikn contoh,,,yg ini jgk ko nmpk....tampaham haku
Quote eddlala 30-12-2022 09:28 AM
So? Tetap hudoh
Quote madamms1 30-12-2022 10:23 AM
netizen muslim dah lepas tanggungjawab mmar makruf dan nahi mungkar...selebihnya terserah la kat dia..moga2 suatu hari nanti mendapat hidayah...
Quote sangbara2020 30-12-2022 11:28 AM
apala nak jadikan...
jaman now dh xmalu2...
kita sebagai mak bapak la patut jaga ...kang jd apa2 kat anak menyesal pun tara guna
Quote jihyomelly 30-12-2022 11:36 AM
biaq pi la memang jenih kepala batu..dia ja betoi …pakai la apa pun memang x helok..mohon nanti dah mati jgn request xnak kain kapan lak
Quote lolita737 30-12-2022 11:53 AM
bila orang islam bangga dengan kehidupan urban mereka.
netizen pun nak idola kan cari lah yg herlokk sikit.
Quote gideoncross 30-12-2022 01:11 PM

Smalam iol trbca forumer sorg ni komen yg ank prmpuan sheol ada yg mukanya mcm bapuk, tuptap dpt iol tngok dlm video tu, mmg mcm bapuk.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.366568 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top