CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Ditahan Kutip Caj Parkir Kereta Tepi Jalan

29-12-2022 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 565| Komen: 0

Description: Dua lelaki berusia 30-an ditahan ketika serbuan Op Parkir Haram di kawasan Lebuh Raya Sultan Azlan Shah Bayan Baru di sini, malam tadi.Operasi itu dijalankan pegawai dan enam anggota Bahagian Siasatan ...
Dua lelaki berusia 30-an ditahan ketika serbuan Op Parkir Haram di kawasan Lebuh Raya Sultan Azlan Shah Bayan Baru di sini, malam tadi.

Operasi itu dijalankan pegawai dan enam anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya sekitar jam 8 hingga 11 malam di kawasan berkenaan.



SATU daripada dua individu yang ditahan dalam Op Parkir Haram di kawasan Lebuh Raya Sultan Azlan Shah, di sini, kerana disyaki mengutip wang parkir secara haram. FOTO ihsan PDRM

IPD Barat Daya menerusi kenyataan berkata, pihaknya mendapati beberapa individu menjalankan aktiviti mengutip caj parkir kepada orang ramai yang meletakkan kenderaan di tepi jalan.

Menurutnya, serbuan yang dibuat kemudian menahan dua individu kerana disyaki mengutip wang parkir secara haram.

"Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke balai bagi tindakan lanjut.

"Polis memantau aktiviti parkir haram setiap masa termasuk pada hujung minggu bagi mengekang aktiviti ini," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah boleh hubungi bilik gerakan IPD Barat Daya di talian 04-8664122; 0192238169 (Aplikasi Whatsapp) atau halaman Facebook (Messenger) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.219471 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top