CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Parah Dirempuh Lori Demi Content Media Sosial

29-12-2022 09:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1529| Komen: 11

Baru-baru ini, tular mengenai aktiviti sekelompok golongan remaja yang sanggup menggadai nyawa demi mendapatkan video sebagai content di media sosial.

Antara content berbahaya dilakukan adalah dengan berdiri di tengah jalan raya dan mengelak lori besar yang sedang memecut laju. 


Tangkap layar video yang memaparkan seorang remaja cedera selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Raya Sukamanah Rumpin, Bogor, Indonesia pada Rabu.

Terbaru, aktiviti itu akhirnya mengundang padah apabila seorang remaja cedera dirempuh sebuah lori ketika ingin menyahut cabaran tersebut.

Kejadian berlaku pada Rabu lalu di Jalan Raya Sukamanah Rumpin, Bogor, Indonesia dan sempat dirakam orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.


Menerusi video tersebut, remaja itu dilihat sudah terbaring di tengah jalan raya dalam keadaan menahan kesakitan akibat dirempuh lori.

Individu yang merakam video itu juga memaklumkan yang remaja itu dilanggar sebuah kereta manakala rakan-rakannya yang turut bersamanya sebelum itu melarikan diri.

Difahamkan, mangsa kemudian dibawa orang ramai ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 29-12-2022 09:44 PM
hmmm kenapa xmati terus?
Quote Goodluckdontcry 29-12-2022 10:01 PM
3 words dik..budus nak mampus.....akhir kata dr den..padan muka ko dik..dptla akibatnya dr kebodohan sendiri...puihhh
Quote KamikuP 30-12-2022 12:24 PM
Goblok tiada taranya karena bodo itu empuk
Quote pooh~key 30-12-2022 01:20 PM
whimsicalmusic replied at 29-12-2022 09:44 PM
hmmm kenapa xmati terus?

I have a better question sis. Kenapa buang masa pi tolong dek???

Kohkohkohkohkohkoh.
Quote Artemesiaa 30-12-2022 01:23 PM
Kerja sia2, sia2 menyusahkan diri dan orang lain juga
Quote Decaffeinated 30-12-2022 03:55 PM
natural selection in action

Quote supernaturalee 30-12-2022 04:17 PM
kenapa kaki dia terjungkit tu
Quote whimsicalmusic 30-12-2022 05:24 PM
supernaturalee replied at 30-12-2022 04:17 PM
kenapa kaki dia terjungkit tu

kelempuk kot
Quote sukacactus 30-12-2022 05:59 PM
Padan muka!
Quote Supersirap 31-12-2022 06:54 PM
Banyak lagi benda boleh buat
Quote slyfynx 31-12-2022 07:12 PM
Challenge baru.
Baring belakang tayar lori yang nak reverrse.
Hanya boleh mengelak setelah satu tayar naik ke atas badan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.031142 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top