Baru-baru ini, tular mengenai aktiviti sekelompok golongan remaja yang sanggup menggadai nyawa demi mendapatkan video sebagai content di media sosial.
Antara content berbahaya dilakukan adalah dengan berdiri di tengah jalan raya dan mengelak lori besar yang sedang memecut laju.
 Tangkap layar video yang memaparkan seorang remaja cedera selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Raya Sukamanah Rumpin, Bogor, Indonesia pada Rabu.
Terbaru, aktiviti itu akhirnya mengundang padah apabila seorang remaja cedera dirempuh sebuah lori ketika ingin menyahut cabaran tersebut.
Kejadian berlaku pada Rabu lalu di Jalan Raya Sukamanah Rumpin, Bogor, Indonesia dan sempat dirakam orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.
Menerusi video tersebut, remaja itu dilihat sudah terbaring di tengah jalan raya dalam keadaan menahan kesakitan akibat dirempuh lori.
Individu yang merakam video itu juga memaklumkan yang remaja itu dilanggar sebuah kereta manakala rakan-rakannya yang turut bersamanya sebelum itu melarikan diri.
Difahamkan, mangsa kemudian dibawa orang ramai ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Majoriti |