CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bacaan Diabetes Mak Jah Belum Stabil

29-12-2022 09:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1375| Komen: 6

Pelakon Maimunah Ahmad, 74, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah memaklumkan dirinya masih menjalani rawatan di Hospital Ampang kerana bacaan diabetes yang tidak stabil.

Menurutnya, dia sepatutnya dibenarkan keluar semalam tetapi doktor mahu melihat perkembangan kesihatannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.


BH Online

"Doktor tengah pantau tentang kencing manis yang degil ini. Makan pun dah banyak kena pantang. Gula-gula dan nasi langsung tak boleh sentuh.

"Saya hanya dibenarkan makan biskut tawar dan air yang tawar serta susu diabetes.

"Saya sekarang banyak berehat sehingga keadaan saya betul-betul pulih," katanya.

Terdahulu, Mak Jah dibawa ke hospital pada Khamis lalu oleh anaknya selepas mendapati dia kelihatan tidak bermaya.

Dia disahkan mengalami paras diabetes tinggi dan perlu dirawat buat sementara waktu.

Selasa lalu, dia dikunjungi oleh Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) yang diwakili oleh Presidennya Tukiman Radion, Amran Nasarudin (Timbalan Presiden PKAVM), Norlidyawati Shabullah (AJK) dan Chef Yang Jamil (Setiausaha).

Mereka hadir menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral terhadapnya.

Pada 2014, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas menghidap kanser rahim tahap satu sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu, April 2019.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote @lim 29-12-2022 11:22 PM
Semoga cepat pulih...
Quote slyfynx 30-12-2022 12:04 AM
Chop... Bacaan gula/glukosa dalam darah kan?
Mmg ade wujud istilah bacaan diabetes ke? Ke wartawan CARI mmg xde buat homework?
Quote ketambangkang 1-1-2023 11:20 AM
susu diabetes pon ade limit juga ye mak jah, mnm byk bole menaikkan bacaan gula juga
Quote downiey 2-1-2023 03:20 PM
semoga cepat sembuh
Quote sailormars 2-1-2023 08:28 PM
moga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah untuk mak jah
Quote lolen 2-1-2023 10:42 PM
Dah 74 rupanya umur dia..tua dr ayah aku lg..tp masa berlakon x nmpk mcm dah cecah 70

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.103281 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top