Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan amaran lisan terhadap seorang pemilik kediaman yang didapati menyebabkan kacau ganggu selepas meletakkan longgokan besi di halaman rumah.
MPK dalam satu kenyataan berkata, tempoh 14 hari diberikan kepada pelaku untuk membersihkan serta mengalihkan besi berkenaan bagi menyelesaikan permasalahan itu. Menurut kenyataan itu, perlakuan tersebut adalah salah satu contoh sikap tidak prihatin terhadap kawasan kejiranan. "Kacau ganggu ini boleh mendatangkan bahaya kepada kejiranan kerana akan mengundang kepada pembiakan nyamuk, haiwan perosak dan berbisa seperti tikus dan ular. "Sikap prihatin sangat penting bagi melahirkan hubungan kejiranan yang baik dan berkualiti serta membolehkan penghuni serta komuniti setempat menjalankan kehidupan yang baik dan sempurna," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Khamis.
Kata kenyataan itu, sebanyak 180 aduan diterima antara Januari hingga November lalu yang mana 90 peratus daripadanya berjaya diselesaikan. Jelas kenyataan itu, antara masalah kejiranan yang diterima adalah seperti meletakkan halangan pasu bunga, memarkir kenderaan di depan rumah, menjemur baju serta kasut di tembok. "Ada juga yang bermain alat muzik, membuat bising selain gangguan bau masakan serta asap rokok yang menimbulkan ketidakselesaan jiran. "Walaupun aduan tersebut dianggap remeh tetapi kita hidup berjiran, pastikan kediaman terjaga, bersih, mesra dan sentiasa prihatin," kata kenyataan itu. Sumber: Sinar Harian
|
Ada juga yang bermain alat muzik
supernaturalee replied at 29-12-2022 04:34 PM
Maznah ke??
glump replied at 29-12-2022 04:31 PM
Jiran aku buat umah dia tempat simpan stock tayar .macam2 jenis ada. Selalu lah ada Lori barang turu ...
glump replied at 29-12-2022 08:31 AM
Jiran aku buat umah dia tempat simpan stock tayar .macam2 jenis ada. Selalu lah ada Lori barang turu ...
jazaa100 replied at 30-12-2022 05:23 AM
Aku benci jiran aku dulu jemur kasut atas tembuk..,
Agaknya klu letak bawah lmbat kering ke ..,matah ...
krustykrab replied at 30-12-2022 08:42 AM
Atas tembok chuols ke?
jazaa100 replied at 30-12-2022 10:06 AM
Tembok kan kongsi...
Masa tu dok teres hse
krustykrab replied at 30-12-2022 10:37 AM
Ooo..korg kongsi duit buat tembok la ye...kira tak blh la nk marah dia.
Mcm iols guna 100% duit se ...
jazaa100 replied at 30-12-2022 04:18 PM
Aku beli rumah 2nd hand masa tu....dah ada tembok pun
ADVERTISEMENT