CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hilang 7KG Dalam Masa 3 Hari- Netizen Bimbang Kesihatan Syada Amzah, Disaran Jumpa Doktor

9-1-2023 11:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2574| Komen: 12|Original author: Tatod

Sumber IG


Sempena tahun baharu, turun berat badan seolah-olah menjadi azam wajib dalam senarai perkara yang perlu dicapai dalam tempoh masa tersebut.

Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah sebelum ini pernah menciap mengenai azam 2023 untuk menurunkan berat badan.

Pun begitu, dia sendiri terkejut dan rasa pelik apabila dia kehilangan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam tempoh tiga hari.


Sumber Twitter

Mendapat maklum balas pengikutnya di Twitter, rata-rata ramai yang bertanyakan tip menurunkan berat badan dalam tempoh singkat.

Namun, kata Syada, dia tidak mempunyai sebarang tip khusus dan situasi itu berkemungkinan masa makannya yang tidak teratur disebabkan sibuk dengan kerja menyebabkan dia kehilangan berat badan.




Mengalami penurunan berat badan yang banyak dalam tempoh singkat mungkin kegembiraan buat orang lain tetapi menjadi kebimbangan ia disebabkan perkara yang berkaitan dengan penyakit.

Oleh itu, ada segelintir pengikut Syada di Twitter yang menyarankan agar wanita itu melakukan pemeriksaan kesihatan lantaran penurunan berat badannya mendadak.













Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-1-2023 12:29 PM
si sendu mulut hanjeng ni artis ke? adik retis / anak retis je kan? so? nexttttt!!! so propa 3 hari 7kg... kau berak 24jam ke apa nokkk...
Quote Nham22 9-1-2023 12:37 PM
3 hari hilang 7kgs..biar betol... Penimbang salah.. Rosak etc...
Quote Lavender_Violet 9-1-2023 12:41 PM
Propa jek lah ko ni
Dah lah ko tu tah sapa2 boleh masuk dlm bodgos nih
Quote Rogue98 9-1-2023 01:00 PM
Dia pun attention seeker gak ke. Pi lah ajak kakak kau tu sama2 turunkan berat badan.
Quote sleepandream 9-1-2023 01:02 PM
adakah berat otak telah mengecut dan menguncup?

iols syak sheols timbang pakai baju berat... next 3 days timbang bogel....
Quote Roan 9-1-2023 01:22 PM
Nampak sangat nipunya...
Quote heythere123 9-1-2023 01:23 PM
Rogue98 replied at 9-1-2023 01:00 PM
Dia pun attention seeker gak ke. Pi lah ajak kakak kau tu sama2 turunkan berat badan.

tapi sebelum ni sheols berjaya la turunkan banyak kilo gak, cuma bukanlah instant. Yg kali ni maybe propa je kot

setuju yg part dia patut ajak kakak dia tu sama2
Quote KirazMevsimi 9-1-2023 01:31 PM
macam tak caya jer. melampau jugak bunyi nya tu 7 kilo 3 hari

tetiba terbayang masa kakak nya buat persembahan atas pentas sambil menari, iols nengok, rasa seolah olah macam pentas tu bergegar gegar
Quote elzy 9-1-2023 01:34 PM
Siapalah netizen yang risau sangat tu? Risau diri kau dulu lah!
Quote Carcosa 9-1-2023 04:55 PM
Lepas ni, boleh tak kau cuba kurangkan weight pada area dagu kau? Sbb rasa rengsa nmpk berat dkt area tu.
Quote Sunkiss8999 9-1-2023 06:14 PM
Dia ni jgn kata basic..wajah nye krg dari basic btl kan..nak kata manis pun xde..iols tak suka dia..sbb dia suka menyibuk..haha! Kalau dia tak kacau emosi org..rsenye ok je
Quote tahanie 9-1-2023 10:01 PM
Weird plak. Tu maksudnya kau sakit! Orang cirit 3 hari pun susah nak hilang sampai 7kg

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.085193 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top