Pada April lalu, tular dakwaan bahawa vokalis kumpulan OAG, Radhi, 45, mencederakan dan memukul bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri. Memetik laporan Berita Harian, Radhi menganggap perkara yang terjadi sebagai ujian dari Tuhan dan masih menaruh harapan agar bekas isteri terbuka hati untuk menggugurkan dakwaan sebelum perbicaraan kes bermula pada 14 Februari tahun depan.
“Kes masih berjalan dan perbicaraan akan bermula pada 14 Februari tahun depan. Saya hanya mahu berdamai, bukannya rujuk semula. “Biarlah kemelut yang berlaku diselesaikan dengan baik. Saya sudah memaafkannya dan berharap bekas isteri juga memaafkan saya.
“Jauh di sudut hati, saya mengharapkan kes dapat ditarik semula dan tidak berpanjangan. Namun, jika bekas isteri nak teruskan, saya terpaksa akur,” katanya. Menurutnya, permintaan untuk gugurkan dakwaan tersebut adalah kerana bimbang aib rumah tangga terbongkar. “Saya ada hubungi bekas ibu mentua dan bercerita mengenai perkara ini. Hubungan kami masih baik, walaupun saya dan bekas isteri tiada apa-apa ikatan lagi. “Apapun, saya mohon agar Allah melembutkan hatinya. Jika masuk mahkamah, bimbang juga segala cerita dan aib lain terbongkar. “Saya tak mahu aib rumah tangga didedahkan,” jelasnya. Gara-gara insiden itu, sedikit sebanyak menjejaskan kerjaya seninya apabila ramai yang mula memandang serong kepadanya. Meskipun masih trauma untuk berkahwin lagi, penyanyi lagu Slumber ini sedang mengenali hati budi seorang gadis. “Malah, ada pihak yang pada mulanya berminat menaja album menarik diri disebabkan insiden ini. “Tak dinafikan, ada juga rasa trauma mahu berkahwin semula, tetapi takdir Tuhan, tiada siapa yang tahu. “Sekarang, saya sedang mengenali hati budi seorang gadis berusia 21 tahun dan masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam. “Saya suka kepadanya kerana tidak banyak kerenah dan tiada media sosial,” ujarnya. Untuk rekod, Radhi dan Nur Shahira telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 7, dan Muhammad, 6. Namun, mereka telah bercerai lima tahun kemudian. Terdahulu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.- CARI Sumber: XTRA
|
eddlala replied at 29-12-2022 12:50 PM
Budak umur 21 yang bercinta dengan mamat ni, please run for your life. Kau muda lagi dek, ramai lagi ...
ADVERTISEMENT