CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1155|Reply: 16

Takut Aib Rumah Tangga Terdedah, Radhi OAG Harap Bekas Isteri Gugurkan Dakwaan

[Copy link]
Post time 29-12-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Pada April lalu, tular dakwaan bahawa vokalis kumpulan OAG, Radhi, 45, mencederakan dan memukul bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri.


Memetik laporan Berita Harian, Radhi menganggap perkara yang terjadi sebagai ujian dari Tuhan dan masih menaruh harapan agar bekas isteri terbuka hati untuk menggugurkan dakwaan sebelum perbicaraan kes bermula pada 14 Februari tahun depan.




Foto: XTRA




“Kes masih berjalan dan perbicaraan akan bermula pada 14 Februari tahun depan. Saya hanya mahu berdamai, bukannya rujuk semula.


“Biarlah kemelut yang berlaku diselesaikan dengan baik. Saya sudah memaafkannya dan berharap bekas isteri juga memaafkan saya.


“Jauh di sudut hati, saya mengharapkan kes dapat ditarik semula dan tidak berpanjangan. Namun, jika bekas isteri nak teruskan, saya terpaksa akur,” katanya.


Menurutnya, permintaan untuk gugurkan dakwaan tersebut adalah kerana bimbang aib rumah tangga terbongkar.


“Saya ada hubungi bekas ibu mentua dan bercerita mengenai perkara ini. Hubungan kami masih baik, walaupun saya dan bekas isteri tiada apa-apa ikatan lagi.


“Apapun, saya mohon agar Allah melembutkan hatinya. Jika masuk mahkamah, bimbang juga segala cerita dan aib lain terbongkar.


“Saya tak mahu aib rumah tangga didedahkan,” jelasnya.


Gara-gara insiden itu, sedikit sebanyak menjejaskan kerjaya seninya apabila ramai yang mula memandang serong kepadanya.


Meskipun masih trauma untuk berkahwin lagi, penyanyi lagu Slumber ini sedang mengenali hati budi seorang gadis.


“Malah, ada pihak yang pada mulanya berminat menaja album menarik diri disebabkan insiden ini.


“Tak dinafikan, ada juga rasa trauma mahu berkahwin semula, tetapi takdir Tuhan, tiada siapa yang tahu.


“Sekarang, saya sedang mengenali hati budi seorang gadis berusia 21 tahun dan masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam.


“Saya suka kepadanya kerana tidak banyak kerenah dan tiada media sosial,” ujarnya.


Untuk rekod, Radhi dan Nur Shahira telah mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 7, dan Muhammad, 6.


Namun, mereka telah bercerai lima tahun kemudian.


Terdahulu, Radhi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.- CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tarik balikkk pls ...biarlah jadi pelajaran utk dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:10 PM | Show all posts
teruskan je.. no such thing as aib rumah tangga, Dah berpisah dan pun kan. And dakwaan dibuat sebab nak tuntut hak. So teruskan je
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
No mercy kepada jantan dayus. Dah la dayus. Kepam
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tarik balik nanti pasni ada lagi jadi mangsa heols. Heols ni saja je kata masih baik dgn ex mertua. Masalahnya org tua kdg being org tua js being nice, ko je perasan org tu mesra kat ko assuming they are ok with your action.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
aib rumahtangge ape kalau dh lame bercerai? senang2 pukul anak org. lps tu harap anak org tu gugurkan kes. hrp ex bini die teros kan je. baru ko tau akibat perangai baran ko, org nk taja buat album pn larik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2022 12:18 PM | Show all posts
aib rumahtangga ke aib diri sendiri uolss
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 12:20 PM | Show all posts
aib dia ke aib engkau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 12:50 PM | Show all posts
Budak umur 21 yang bercinta dengan mamat ni, please run for your life. Kau muda lagi dek, ramai lagi jantan lain kat luar kau boleh jumpa. Mamat red flag ni jugak kau nampak
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dia takde istilah aib bang kalau ko buat jenayah dekat org
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 02:42 PM | Show all posts
pls laa teruskan. biar jadi pengajaran kat org lain. ingat maruah perempuan ni pijak2 mcm tu je. pas tu tau takot
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
eddlala replied at 29-12-2022 12:50 PM
Budak umur 21 yang bercinta dengan mamat ni, please run for your life. Kau muda lagi dek, ramai lagi ...

Kesiannya that girl..pernah tgk dia ni berlakon dgn FK. Alahai punyalah kecik dia ni.setinggi pinggang FK.
Halus aje dia.

Harap harap budak tu larilah.
Dahlah baya ayah dia. Druggie lak tu.
Baran.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:04 PM | Show all posts
Budak 21 tahun tu takde medsos tapi dia ada kawan2.. kawan2 tu baca medsos and sampai kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku...penagih is najisssss
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayu jangan tarik balik. Biar je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:00 PM | Show all posts
ex wife dia merempan kat socmed ke? kalau bawa ke court aib apa nya??? tu nak fight for justice gila. kalau ex dok menceceh kat socmed ya tu aib.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Heran bin ajaib puleks uols. Taik dadah gini pon masih ader betina gedik yang nak. Taste bad boy katanyer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051061 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list