SEREMBAN – Malang menimpa seorang wanita apabila bukan sahaja terpaksa menanggung sakit antibodi lemah dan platelet rendah, malah perlu memikirkan perbelanjaan dua anak yang masih bersekolah memandangkan dia menjadi pencari rezeki tunggal buat keluarganya.
Haszita Abu Taib, 41, berkata, dia memperoleh pendapatan RM1,800 sebulan dengan bekerja di sebuah kilang di Senawang di sini, namun semuanya hilang gara-gara perlu mengambil cuti sakit. Mengimbau semula kejadian itu, Haszita berkata, kakinya mula tumbuh bintik-bintik merah seakan ruam sebelum disahkan menghidap penyakit itu hingga sukar bergerak dan bekerja sejak bulan lalu. “Pemeriksaan di sebuah hospital mengesahkan saya menghidap thrombocytopenia iaitu tahap platlet rendah yang menyebabkan berlaku bintik-bintik merah seakan ruam selain bengkak pada kedua belah kaki.
“Badan rasa lemah hingga hendak bangun berjalan pun susah dan perlu bantuan anak selain rasa sakit bila bercakap,” katanya ketika ditemui di Taman Jasmin di sini semalam. Menurut Haszita, dia tidak menyangka akan menghidap penyakit itu memandangkan keadaannya normal sebelum ini. Tambahnya, doktor memaklumkan bahawa penyakit antibodi lemah dan platelet rendah itu mungkin disebabkan kekurangan zat. “Saya kini hanya bergantung kepada ubat tahan sakit Prednisolone dan perlu mengambil 12 biji sehari seperti disarankan oleh doktor,” katanya yang memberitahu tangannya akan menggigil apabila berasa gemuruh. Jelas Haszita, dia perlu membuat rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor dalam tempoh terdekat memandangkan tiada doktor pakar berkaitan penyakitnya di Seremban. Lebih menyedihkan, Haszita yang merupakan penanggung tunggal keluarga buntu memikirkan perbelanjaan dua anaknya, Hasminatul Syahzanani Nasuha Mohd. Helmi, 16, dan Mohammad Hasmi Amirul Mohd. Helmi, 13. “Majikan tahu saya sakit, sekarang gaji bulan Disember dipotong separuh sebab saya ambil cuti sakit terlalu lama dan saya buntu sebab sewa rumah RM400 perlu dibayar setiap bulan. “Memang saya risau fikirkan anak-anak, apabila sakit macam ini saya tidak dapat bekerja siapa nak tanggung keluarga,” katanya yang berpisah dengan suami sejak 13 tahun lalu. Jelas Haszita, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah datang ke rumahnya dan kini dalam proses membuat permohonan. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional Haszita di 0810229000038192 atau hubungi 011-2113 2294. -CARI Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds replied at 29-12-2022 10:51 AM
Prednisolone ni steroid. Aku mkn waktu kene coviid dulu. Byk uses menda nih. Bila eczema aku flare u ...
green~tea replied at 29-12-2022 02:43 AM
Prednisolone??? Bukan ke ni ubat steroid utk autoimmune disease ke?
dia perlu membuat rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor dalam tempoh terdekat memandangkan tiada doktor pakar berkaitan penyakitnya di Seremban.
kam3n replied at 29-12-2022 11:29 AM
Bekas suaminya memang tak bagi nafkah anak2 ke?
sufi^_^ replied at 29-12-2022 11:18 AM
thrombocytopenia tu autoimmune disease ler tu, antibodi badan attack own platelets
Lavender_Violet replied at 29-12-2022 11:54 AM
Macam sistur tak faham perangai sesetengah jantan2 ummah Melayu Meleis kat Malaysia ni lepas berce ...
green~tea replied at 29-12-2022 02:26 PM
Oh gitu.... rasa cam ada kawan i penyakit gini antibodi attack platelets.. sheols meninggal last y ...
mejaputih replied at 29-12-2022 02:38 PM
kesiannya...iols pun ada SLE dah lama tak buat checkup check darah huhu...
green~tea replied at 29-12-2022 03:56 PM
Kena aware la kan trigger factor nya apa...
Some times takleh kena overexposure to sun light... ...
ADVERTISEMENT