View: 1862|Reply: 26
|
Asyik Cuti Je, Gaji Pun Kena Potong-Wanita Dua Anak Merayu Minta Tolong
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Malang menimpa seorang wanita apabila bukan sahaja terpaksa menanggung sakit antibodi lemah dan platelet rendah, malah perlu memikirkan perbelanjaan dua anak yang masih bersekolah memandangkan dia menjadi pencari rezeki tunggal buat keluarganya.
Haszita Abu Taib, 41, berkata, dia memperoleh pendapatan RM1,800 sebulan dengan bekerja di sebuah kilang di Senawang di sini, namun semuanya hilang gara-gara perlu mengambil cuti sakit.
Mengimbau semula kejadian itu, Haszita berkata, kakinya mula tumbuh bintik-bintik merah seakan ruam sebelum disahkan menghidap penyakit itu hingga sukar bergerak dan bekerja sejak bulan lalu.
Foto: Kosmo
“Pemeriksaan di sebuah hospital mengesahkan saya menghidap thrombocytopenia iaitu tahap platlet rendah yang menyebabkan berlaku bintik-bintik merah seakan ruam selain bengkak pada kedua belah kaki.
“Badan rasa lemah hingga hendak bangun berjalan pun susah dan perlu bantuan anak selain rasa sakit bila bercakap,” katanya ketika ditemui di Taman Jasmin di sini semalam.
Menurut Haszita, dia tidak menyangka akan menghidap penyakit itu memandangkan keadaannya normal sebelum ini.
Tambahnya, doktor memaklumkan bahawa penyakit antibodi lemah dan platelet rendah itu mungkin disebabkan kekurangan zat.
“Saya kini hanya bergantung kepada ubat tahan sakit Prednisolone dan perlu mengambil 12 biji sehari seperti disarankan oleh doktor,” katanya yang memberitahu tangannya akan menggigil apabila berasa gemuruh.
Jelas Haszita, dia perlu membuat rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor dalam tempoh terdekat memandangkan tiada doktor pakar berkaitan penyakitnya di Seremban.
Lebih menyedihkan, Haszita yang merupakan penanggung tunggal keluarga buntu memikirkan perbelanjaan dua anaknya, Hasminatul Syahzanani Nasuha Mohd. Helmi, 16, dan Mohammad Hasmi Amirul Mohd. Helmi, 13.
“Majikan tahu saya sakit, sekarang gaji bulan Disember dipotong separuh sebab saya ambil cuti sakit terlalu lama dan saya buntu sebab sewa rumah RM400 perlu dibayar setiap bulan.
“Memang saya risau fikirkan anak-anak, apabila sakit macam ini saya tidak dapat bekerja siapa nak tanggung keluarga,” katanya yang berpisah dengan suami sejak 13 tahun lalu.
Jelas Haszita, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah datang ke rumahnya dan kini dalam proses membuat permohonan.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional Haszita di 0810229000038192 atau hubungi 011-2113 2294. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Prednisolone??? Bukan ke ni ubat steroid utk autoimmune disease ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kilang mesti ada carum socso..
minta la pampasan socso..
dah sakit tak boleh kerja kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Prednisolone ni steroid. Aku mkn waktu kene coviid dulu. Byk uses menda nih. Bila eczema aku flare up pn derm bg mkn prednisolone. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh try zakat juga
selain JKM |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 29-12-2022 10:51 AM
Prednisolone ni steroid. Aku mkn waktu kene coviid dulu. Byk uses menda nih. Bila eczema aku flare u ...
Betul. Alergic bagi pred, lung infection pred. saya kalau makan pred ni 1. Mmg kuatlah relax je buat keje rumah tak letih-letih. Mata pun tak ngantuk.
2. Kuat mkn. Selera kan main. Tgh mlm pun boleh lapau.
3. Badan naiklah dan moon face pun dapek. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah tak makan prednisolone. Masa echzema kecik dulu. Mampu ke gov hospital. Asal teruk suruh makan tu. Sekarang tidak perlu lagi.
Semoga dipermudahkan rezeki akak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
thrombocytopenia tu autoimmune disease ler tu, antibodi badan attack own platelets
|
|
|
|
|
|
|
|
Smoga yg baik2 sja utk kkak & anak2 nya, Amin2 YRA. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas suaminya memang tak bagi nafkah anak2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Prednisolone ni rasanya tak boleh makan banyak dan tak boleh makan selalu. Ada side effects. Kalau boleh elak, elakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh claim perkeso kan sbb penah keje kilang.. keje kilang ade potong kwsp gan perkeso kan...selain tu dia ibu tunggal Kan..leh mohon bantuan jkm tuk ibu tunggal dan anak2 dia selain BKM..ade nampak org kat fb dia p minta zakat tuk bayar rumah sewa sbb suami dia sakit kronik berkaitan dgn saraf...zakat bayarkan sewa rumah..kn try la kot semua cara..anak msh bersekolah lg.. kesian gak kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia perlu membuat rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor dalam tempoh terdekat memandangkan tiada doktor pakar berkaitan penyakitnya di Seremban. HKL pun takde ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam sistur tak faham perangai sesetengah jantan2 ummah Melayu Meleis kat Malaysia ni lepas bercerai lupa terus anak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangkap bekas suami bg nafkah ke anak |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 29-12-2022 11:18 AM
thrombocytopenia tu autoimmune disease ler tu, antibodi badan attack own platelets
Oh gitu.... rasa cam ada kawan i penyakit gini antibodi attack platelets.. sheols meninggal last year, lepas inject vaksin... antibody tu jadi aktif sangat dlm sebulan aje otak dia reduce function sampai meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 29-12-2022 11:54 AM
Macam sistur tak faham perangai sesetengah jantan2 ummah Melayu Meleis kat Malaysia ni lepas berce ...
Bila ada pejuang hak nafkah anak2 mcm Rita Rudaini beliau pula dikecam kerana lantang bersuara. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...iols pun ada SLE dah lama tak buat checkup check darah huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 29-12-2022 02:38 PM
kesiannya...iols pun ada SLE dah lama tak buat checkup check darah huhu...
Kena aware la kan trigger factor nya apa...
Some times takleh kena overexposure to sun light... ada yang trigger factor habuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm iols pun sbnrnya tatau apa yg trigger...tp specialist suh mkn vitamin D yg dia bg...pastu setiap kali jumpa dia kena amik test darah nk monitor keadaan buah pinggang which is everytime alhamdulillah result ok.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|