CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Insya-Allah Satu Hari Nanti, Mesti Saya Akan Ke Arah Itu Semula" - Emma Maembong Enggan Bersikap Hipokrit Soal Hijab

29-12-2022 08:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1270| Komen: 12

 


Meskipun ramai yang menegur penampilan pelakon Emma Maembong yang semakin seksi, namun Emma tetap tenang dan tidak mudah sentap oleh kata-kata pedas yang dilemparkan kepadanya.

Malah, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani binti Ismail, 30, terus menjalani hari-harinya dengan indah bersama suami dan anak yang dicintainya.



Mengakui keputusan untuk kembali membuka hijab selepas lima tahun menutupi rambutnya bukan satu pilihan yang baik, namun Emma enggan bersikap hipokrit.


“Setiap wanita beragama Islam pasti ingin menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya. Tiada siapa yang mahu selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat) dan berbuat jahat,”  

Emma juga menambahkan bahwa pertambahan usia setiap tahun juga mendorongnya untuk perlahan-lahan membuka hatinya ke arah kebaikan.

“Saya pernah pakai tudung, Insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula. Masa yang tepat akan tiba. “Saya juga tidak mahu selamanya imej seperti ini. Saya pun nak ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda,” katanya.

Bercerita lebih lanjut tentang perjalanannya sebagai pelakon, Emma mengaku tidak ingin terlalu terburu-buru dalam menyelesaikan suatu naskhah, sebaliknya ingin memberikan perhatian kepada pertumbuhan anaknya, Shariq Gabriel.

Menurutnya, dia tidak ingin terburu-buru kembali bekerja sehingga terlewatkan momen indah bersama anaknya. 

“Tak semua tawaran saya terima. Pada fasa sekarang saya memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya tidak mahu kehilangan momen indah bersama anak.

“Sebelum ini habis berpantang saya terus bekerja. Sedar-sedar anak dah panggil saya mama. Begitu cepat masa berlalu dan saya terlepas kenangan bersama anak,” katanya. 

Ditanya mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata, Emma mengaku mengimpikan anak yang ramai.



Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel kini berusia dua tahun. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 29-12-2022 02:00 AM
apa2 je lah fatimah rohani
Quote miszclassique 29-12-2022 02:18 AM
Kun faya kun
Eh tiberrrr
Quote colorpensel 29-12-2022 04:10 AM
Cakap dah sedar bukan makin muda tapi tetap jugak seksi..timoh2..baik no komen je kalau wartawan tanya soalan trick macam ni
Quote misswa 29-12-2022 06:08 AM
Macam tau mati bila. Laka laka
Quote rosevelvet 29-12-2022 08:00 AM
Betul tu timoh. Kalau ko x nk tutup sdiri pun, akan tiba waktu ko dibungkus dgn kain kafan
Quote brunesss 29-12-2022 08:39 AM
biar lah.. perjalanan seorang2 tu lain2
Quote Beribear 29-12-2022 08:53 AM
Cantiknya chanel baby blue tuuuuu
Quote Buritan 29-12-2022 09:17 AM
Heboh dgn tudung.. pikir diri sendiri udah.. heboh dgn tudung si kembong.. ujung ujung anak srndiri bogel
Quote Nnasda53 29-12-2022 09:25 AM
Apala nak heran sgt bogel ke separuh bogel ke alih2 nanti dah berlitup auto suci.
Sanya si kembung ni pun dah faham sgt netizen mesia ni mcm na
Quote chekacheku 29-12-2022 09:30 AM
Laki dia family mmg kaya betul...patutla xkeje mana pun still masyuk
Quote mizruncing 29-12-2022 09:45 AM
isu2 berhijab ni ptt senyap jelaa. xpayah dok canang nk start bila bila
Quote akido_kido 29-12-2022 09:57 AM
Rasa ada lagi artis lain yg dah bertudung tapi buka tudung balik.siapa eh lupa

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.092041 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top