|
Meskipun ramai yang menegur penampilan pelakon Emma Maembong yang semakin seksi, namun Emma tetap tenang dan tidak mudah sentap oleh kata-kata pedas yang dilemparkan kepadanya.
Malah, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani binti Ismail, 30, terus menjalani hari-harinya dengan indah bersama suami dan anak yang dicintainya.
Mengakui keputusan untuk kembali membuka hijab selepas lima tahun menutupi rambutnya bukan satu pilihan yang baik, namun Emma enggan bersikap hipokrit.
“Setiap wanita beragama Islam pasti ingin menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya. Tiada siapa yang mahu selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat) dan berbuat jahat,”
Emma juga menambahkan bahwa pertambahan usia setiap tahun juga mendorongnya untuk perlahan-lahan membuka hatinya ke arah kebaikan.
“Saya pernah pakai tudung, Insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula. Masa yang tepat akan tiba. “Saya juga tidak mahu selamanya imej seperti ini. Saya pun nak ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda,” katanya.
Bercerita lebih lanjut tentang perjalanannya sebagai pelakon, Emma mengaku tidak ingin terlalu terburu-buru dalam menyelesaikan suatu naskhah, sebaliknya ingin memberikan perhatian kepada pertumbuhan anaknya, Shariq Gabriel.
Menurutnya, dia tidak ingin terburu-buru kembali bekerja sehingga terlewatkan momen indah bersama anaknya.
“Tak semua tawaran saya terima. Pada fasa sekarang saya memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Saya tidak mahu kehilangan momen indah bersama anak.
“Sebelum ini habis berpantang saya terus bekerja. Sedar-sedar anak dah panggil saya mama. Begitu cepat masa berlalu dan saya terlepas kenangan bersama anak,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata, Emma mengaku mengimpikan anak yang ramai.
Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel kini berusia dua tahun. - CARI
|
|