CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Gagal Saman LPT Berikutan Kematian Anak Dan Isteri 2 Tahun Lalu

28-12-2022 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3802| Komen: 35

Mahkamah Seyen Temerloh menolak saman sivil difailkan seorang lelaki terhadap syarikat konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) susulan kematian anak dan isterinya di Pahang, dua tahun lalu.


Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim memutuskan Redza Hassan gagal membuktikan tuntutannya terhadap Anih Bhd berdasarkan imbangan kebarangkalian, selepas mendengar keterangan lima saksi.

Menurutnya, tindakan Redza bergantung kepada laporan media untuk membuktikan kewujudan lopak air di KM119 lebuh raya berkenaan adalah tidak mencukupi.


Gambar hiasan

Isteri Redza, Norhadiyatul Akma Jaafar maut dalam kemalangan bersama seorang anak mereka, Amer Asyraf, ketika memandu sebuah pikap dari Temerloh ke Kuala Lumpur pada kira-kira 6 petang 2 Februari 2020.


Tiga lagi anak mereka, Ammar Wafiy, Rania Zulfa dan Adeeb Rayyan yang juga berada dalam kenderaan itu, bagaimanapun terselamat.

“Berdasarkan keterangan lima saksi ini, mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan kecuaian di pihak pemilik konsesi lebuh raya dalam menyenggara lebuh raya berkenaan,” kata Che Wan Zaidi dalam penghakiman yang dibacakan secara dalam talian.

Katanya, dua saksi iaitu seorang anggota polis dan pegawai penyiasat, telah memberi keterangan bahawa tiada bukti menunjukkan kehadiran lopak di tempat kejadian seperti didakwa, yang bertentangan dengan laporan media.

Sebaliknya, katanya, berdasarkan keterangan pegawai penyiasat, Norhadiyatul lebih berkemungkinan hilang kawalan terhadap kenderaannya akibat cara pemanduannya ketika hujan.

Che Wan Zaidi turut tidak mengambil kira lima laporan media mengenai kemalangan di bahagian lain lebuh raya berkenaan kerana tidak relevan dengan kes ini.

Susulan itu, Redza berkata beliau akan memfailkan rayuan dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM1.8 juta.

KS Naicker dan Rosmaria Daud mewakili Anih Berhad, manakala Ranizan Mokhtar dan Amirul Faliq mewakili Redza.


Sumber: FMT


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 28-12-2022 10:11 PM
1st time dgr org saman sbb ada lopak air kat jalan...
Quote Belibis 28-12-2022 10:23 PM
Kalau nilai tuntutan 30k mungkin menang kott..
Quote hareeeesah 28-12-2022 10:31 PM
Biasa yg bwk pickup especially belah sana mcm noreen dh lajunya nk menyondol.. pulak dia contractor or fonder ada business
Quote Zazama 29-12-2022 12:13 AM
Bulan November lalu, balik dr tganu ke kl, semasa memandu di lpt, tak sedar ada lopak air sbb pandangan depan agak terhad kerana hujan. Boleh rasa kenderaan agak melayang2 bila melepasi lopak air yg tak  terjangka.
Quote Themilo 29-12-2022 07:18 AM
cara pemanduan. ada lopak air ke, ada lubang maha lebar sekali pun, mesti boleh control kalau bawak dalam had laju yang sesuai.
Quote darkness 29-12-2022 07:25 AM
Aku setuju je memana individu saman agensi atau kerajaan ni pasal jalan raya. Sbnya jalan raya di malaysia khususnya sabah ni mmg teruk..harini tampal besok dah berlubang balik. Ntah apa jenis konkrit yg ditampal pun xtau la sb sangatla fragile..dilanggar kereta kancil pun boleh berterabur rosak. Sudah ada kematian barulah tampal baik2..
Quote otai_g 29-12-2022 07:25 AM
Kalo Kes ni menang rmi la org yg muncul nak kaya cpt dgn saman pengendali lebuhraya.
Quote bakingsoda 29-12-2022 07:37 AM
drive mcm noreen pastu mintak pampasan, patut dorang yg disaman sbb membahayakan pengguna lain!
Quote monreyes 29-12-2022 07:43 AM
lpt1 mmg teruk...jln beralun2 tinggi rendah x sekata..air mmg lambat mengalir...nmpk mcm air sikit je..kalau ada yg speeding...menyembur air tempias
..
Quote shernazz 29-12-2022 08:16 AM
Bayo tol tp.jalan cm.harey kan..
Pastu kalau bawak hailak mmg rasa cm king la.kan..laju tak.hengat...
Mana ada pick up bawak selow melainkan bawak barang kat belakang..
Quote noor2 29-12-2022 08:22 AM
Rakyat marhaen nk saman mmg susah...melainkan ko tahap KJ yg terjatuh terlanggar lopak air
Quote Samerosie 29-12-2022 08:25 AM
Camne dia leh kata ada lopak yg menyebabkan dia accident tapi penyiasat dgn polis kata tak de?  Dulu2 ada series mcm Border Security tapi ini Crash Investigation Unit, syiok tengok camne derang investigate accident to determine salah siaoa incl salah gomen sebb jalanraya tak maintain.  
Quote MissVixen 29-12-2022 08:30 AM
Memang patut saman. Jangan buat kerja sambil lewa. Konsensi dah la berpuluh tahun.
Aku ada tengok kereta terbabas depan mata walaupun dia bawa 70km/j je. Mungkin dia tekan brake kuat sangat sangat sebab panik. Nasib baik takde kenderaan lain dari arah depan. Dah la waktu malam.
Quote abas8888 29-12-2022 08:40 AM
macam ikan bilis lawan jerung...mana maunya...pihak yg ada kuasa dan wang kalau rasa diri benar patut keluarkan laporan oleh pihak yang boleh buat kajian bebas mengatakan jalan ni ok tiada masalah beralun ka lopak ayaq ka laluan ayaq ka...by right setiap tahun konsesi patut keluarkan laporan ni..
Quote supernaturalee 29-12-2022 08:42 AM
Samerosie replied at 29-12-2022 08:25 AM
Camne dia leh kata ada lopak yg menyebabkan dia accident tapi penyiasat dgn polis kata tak de?  Dulu ...

lopak tu rsnya mmg ada spnjg jln lpt tu somewhere kan
it's just bkn area yg dia accident tu rsnya
dlm artikel mention die refer laporan media psl lopak2 ni
mn lh nk kukuh buktinya
klu ada imej bergmbar lokasi accident tu yg nmpk clear lopak maybe the case would take different turn


apa pun takziah la bang
sedih sgt actually bila jd gini


Quote Nnasda53 29-12-2022 08:51 AM
Kalau harap bukti pada media social tu mmg tak kukuh melainkan bukti sendiri yang di bawakan.
Mmg tak nafikan bawa 4x4 ni bnyk yg main tekan je.
Moga di mudahkan urusan keluarga ni.
Quote kakikuDibibirmu 29-12-2022 08:56 AM
Neelopak tersenyum sinis
Quote Samerosie 29-12-2022 09:07 AM
supernaturalee replied at 29-12-2022 08:42 AM
lopak tu rsnya mmg ada spnjg jln lpt tu somewhere kan
it's just bkn area yg dia accident tu rsnya
...

Oh baru faham, ta for explanation chuols.  Kiranya kejadian accident tu dia ckp sebab lopak tapi sebenarnya kat tempat kejadian mmg x de.  Sedih la anak bini meninggal tapi tu lah tak tau nak ckp apa.
Quote bakingsoda 29-12-2022 09:14 AM
noor2 replied at 29-12-2022 08:22 AM
Rakyat marhaen nk saman mmg susah...melainkan ko tahap KJ yg terjatuh terlanggar lopak air

ada yg menang, tapi tuntutan ciput la.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/29/pemandu-menang-saman-kes-jalan-berlubang-seru-pengguna-pertahan-hak/

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.115124 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top