View: 3203|Reply: 35
|
Lelaki Gagal Saman LPT Berikutan Kematian Anak Dan Isteri 2 Tahun Lalu
[Copy link]
|
|
Mahkamah Seyen Temerloh menolak saman sivil difailkan seorang lelaki terhadap syarikat konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) susulan kematian anak dan isterinya di Pahang, dua tahun lalu.
Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim memutuskan Redza Hassan gagal membuktikan tuntutannya terhadap Anih Bhd berdasarkan imbangan kebarangkalian, selepas mendengar keterangan lima saksi.
Menurutnya, tindakan Redza bergantung kepada laporan media untuk membuktikan kewujudan lopak air di KM119 lebuh raya berkenaan adalah tidak mencukupi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/28/214931ncrob596ocpq0mo1.jpg) Gambar hiasan
Isteri Redza, Norhadiyatul Akma Jaafar maut dalam kemalangan bersama seorang anak mereka, Amer Asyraf, ketika memandu sebuah pikap dari Temerloh ke Kuala Lumpur pada kira-kira 6 petang 2 Februari 2020.
Tiga lagi anak mereka, Ammar Wafiy, Rania Zulfa dan Adeeb Rayyan yang juga berada dalam kenderaan itu, bagaimanapun terselamat.
“Berdasarkan keterangan lima saksi ini, mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan kecuaian di pihak pemilik konsesi lebuh raya dalam menyenggara lebuh raya berkenaan,” kata Che Wan Zaidi dalam penghakiman yang dibacakan secara dalam talian.
Katanya, dua saksi iaitu seorang anggota polis dan pegawai penyiasat, telah memberi keterangan bahawa tiada bukti menunjukkan kehadiran lopak di tempat kejadian seperti didakwa, yang bertentangan dengan laporan media.
Sebaliknya, katanya, berdasarkan keterangan pegawai penyiasat, Norhadiyatul lebih berkemungkinan hilang kawalan terhadap kenderaannya akibat cara pemanduannya ketika hujan.
Che Wan Zaidi turut tidak mengambil kira lima laporan media mengenai kemalangan di bahagian lain lebuh raya berkenaan kerana tidak relevan dengan kes ini.
Susulan itu, Redza berkata beliau akan memfailkan rayuan dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM1.8 juta.
KS Naicker dan Rosmaria Daud mewakili Anih Berhad, manakala Ranizan Mokhtar dan Amirul Faliq mewakili Redza.
Sumber: FMT |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1st time dgr org saman sbb ada lopak air kat jalan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nilai tuntutan 30k mungkin menang kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa yg bwk pickup especially belah sana mcm noreen dh lajunya nk menyondol.. pulak dia contractor or fonder ada business |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan November lalu, balik dr tganu ke kl, semasa memandu di lpt, tak sedar ada lopak air sbb pandangan depan agak terhad kerana hujan. Boleh rasa kenderaan agak melayang2 bila melepasi lopak air yg tak terjangka. |
|
|
|
|
|
|
|
cara pemanduan. ada lopak air ke, ada lubang maha lebar sekali pun, mesti boleh control kalau bawak dalam had laju yang sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju je memana individu saman agensi atau kerajaan ni pasal jalan raya. Sbnya jalan raya di malaysia khususnya sabah ni mmg teruk..harini tampal besok dah berlubang balik. Ntah apa jenis konkrit yg ditampal pun xtau la sb sangatla fragile..dilanggar kereta kancil pun boleh berterabur rosak. Sudah ada kematian barulah tampal baik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo Kes ni menang rmi la org yg muncul nak kaya cpt dgn saman pengendali lebuhraya. |
|
|
|
|
|
|
|
drive mcm noreen pastu mintak pampasan, patut dorang yg disaman sbb membahayakan pengguna lain! |
|
|
|
|
|
|
|
lpt1 mmg teruk...jln beralun2 tinggi rendah x sekata..air mmg lambat mengalir...nmpk mcm air sikit je..kalau ada yg speeding...menyembur air tempias
.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayo tol tp.jalan cm.harey kan..
Pastu kalau bawak hailak mmg rasa cm king la.kan..laju tak.hengat...
Mana ada pick up bawak selow melainkan bawak barang kat belakang..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat marhaen nk saman mmg susah...melainkan ko tahap KJ yg terjatuh terlanggar lopak air |
|
|
|
|
|
|
|
Camne dia leh kata ada lopak yg menyebabkan dia accident tapi penyiasat dgn polis kata tak de? Dulu2 ada series mcm Border Security tapi ini Crash Investigation Unit, syiok tengok camne derang investigate accident to determine salah siaoa incl salah gomen sebb jalanraya tak maintain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang patut saman. Jangan buat kerja sambil lewa. Konsensi dah la berpuluh tahun.
Aku ada tengok kereta terbabas depan mata walaupun dia bawa 70km/j je. Mungkin dia tekan brake kuat sangat sangat sebab panik. Nasib baik takde kenderaan lain dari arah depan. Dah la waktu malam. |
|
|
|
|
|
|
|
macam ikan bilis lawan jerung...mana maunya...pihak yg ada kuasa dan wang kalau rasa diri benar patut keluarkan laporan oleh pihak yang boleh buat kajian bebas mengatakan jalan ni ok tiada masalah beralun ka lopak ayaq ka laluan ayaq ka...by right setiap tahun konsesi patut keluarkan laporan ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
lopak tu rsnya mmg ada spnjg jln lpt tu somewhere kan
it's just bkn area yg dia accident tu rsnya
dlm artikel mention die refer laporan media psl lopak2 ni
mn lh nk kukuh buktinya
klu ada imej bergmbar lokasi accident tu yg nmpk clear lopak maybe the case would take different turn
apa pun takziah la bang
sedih sgt actually bila jd gini
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau harap bukti pada media social tu mmg tak kukuh melainkan bukti sendiri yang di bawakan.
Mmg tak nafikan bawa 4x4 ni bnyk yg main tekan je.
Moga di mudahkan urusan keluarga ni. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 29-12-2022 08:42 AM
lopak tu rsnya mmg ada spnjg jln lpt tu somewhere kan
it's just bkn area yg dia accident tu rsnya
...
Oh baru faham, ta for explanation chuols. Kiranya kejadian accident tu dia ckp sebab lopak tapi sebenarnya kat tempat kejadian mmg x de. Sedih la anak bini meninggal tapi tu lah tak tau nak ckp apa. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 29-12-2022 08:22 AM
Rakyat marhaen nk saman mmg susah...melainkan ko tahap KJ yg terjatuh terlanggar lopak air
ada yg menang, tapi tuntutan ciput la.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/29/pemandu-menang-saman-kes-jalan-berlubang-seru-pengguna-pertahan-hak/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|