CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Lah Mak Kita Lah Bapak," Amelina Bangga Berjaya Besarkan Enam Anak Seorang Diri

28-12-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1780| Komen: 10

Amelina meluahkan rasa syukur dengan pengorbanannya membesarkan anak-anak tidak sia-sia selepas bergelar ibu tunggal.

Menerusi hantaran di Instagram, Amelina atau nama sebenarnya Nor Azlina binti Amir Sharipuddin memuat naik sebuah foto yang memaparkan dia dan puteri sulungnya, Puteri Nur’ Athirah.


Foto: IG

“Setiap kali nak feeling-feeling muda je, tengok-tengok kat sebelah…I dah anak dara besar dah, adeh baru nak feeling.

“Bila tengok mereka dah besar-besar semua, Kak Long sangat bersyukur yang selama ini pengorbanan Kak Long tak sia-sia.

“Perjalan susah payah Kak Long terbukti. Syukur ke hadratmu Ya Allah,” tulis Amelina di ruangan kapsyen.




Pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ini turut membalas komen warganet dengan berkata dia redha dengan ketentuan Ilahi apabila terpaksa besarkan anak-anak sendirian tanpa seorang suami di sisi.

“Orang yang nasib macam-macam kita ni, begitulah.

“Kita lah mak & kita lah bapak, itu ujian kita. Anggap je ujian yang kita terima ini ni Allah dah pilih.

“Sebab kita kuat, Insya-Allah, ada yang sweet Allah nak bagi kita nanti. Aminn. Terus kuat okay,” balas Amelina kepada seorang pengguna di ruangan balas.



Amelina pernah mendirikan rumah tangga dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 dan bercerai pada 19 Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 21; Putera Al’ Affiq, 20; Putera Al’ Asyraff, 19; Puteri Nur’ Asyurah, 17; Putera Al’ Arffa, 15; dan Putera Al’ Amzar, 13. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 28-12-2022 04:31 PM
Alhamdulillah. actually ramai je artis yg sentiasa ada job lepas masuk GV. job kecik ke besar ke belakang kira, yang penting rezeki dan jangan memilih hatta job nyanyi kat ekspo sekalipun
Quote prizadane 28-12-2022 04:53 PM
Amelina ni ya aku sebak pengorbanan dia. Tapi jarang dia merempan kat socmed kesusahan n kepayahan dia sebagai ibu tunggal. Ex laki lagi lah tak guna siap kaki pukul lagi. Tapi takde lak Amelina ni dok canang sana sini keburukan n kebusukan ex laki. Walhal dia ni bukan hidup senang ya. Takde terpaling ibu tunggal n janda teraniaya langsung seperti few artis lain
Quote rosedemon 29-12-2022 10:19 AM
keja apa dulu si kaklong ni
Quote Lavender_Violet 29-12-2022 11:10 AM
Aiyooo....setiap tahun beranak Kak Long ni masa the first 3 children tu
Moga rezeki melimpah ruah utk Kak Long
Suka tengok dia berlakon dlm She Was Pretty kat Viu tu
Quote AnnaSendin 29-12-2022 09:42 PM
Wei Reduan Mahamood, uols dah crrett nam kali dalam vag kak long plisslah bertanggungjawab. Bagi nafkah anak ke hape.
Quote fadz84 29-12-2022 09:49 PM
Masa PKP nmpk kak long alin gigih meniaga Nasi Ayam online.. salute la ngan dia..
Quote ibugarang 29-12-2022 10:49 PM
Dari zaman dulu dia ni rajin kerja, income pun lebat tpi tu lah, dapat kawen laki ghupe begitu.. dh jodoh kan.. sekarang tgk kuat cari duit gak, sana sini buat show, time pkp meniaga mknanan, retis2 pun beli.. jnis tak mrentan sana sini, hidup perlu diteruskan katernya dia..
Quote umie 29-12-2022 11:44 PM
Ex laki dia anak raja ke...anak2 semua ada nama putera and puteri
Quote anony-mous 30-12-2022 12:30 AM
Pergh hebat la ibu tunggal ank 6 pakej x pernah merempan
Quote woven11 30-12-2022 01:01 AM
phalanx replied at 28-12-2022 04:31 PM
Alhamdulillah. actually ramai je artis yg sentiasa ada job lepas masuk GV. job kecik ke besar ke bel ...

Sheols under mind order.. ade management yg jage terjaga la sikit kerjaye.. artis2 gv lain tak ade management tu yg melingkup habis gv

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081891 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top