CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Gila Attention Sebab Sorok Kehamilan, Emma Maembong Takut Keguguran Lagi

28-12-2022 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7458| Komen: 66

Emma Maembong tampil membuka mulut mengenai dakwaan dirinya kini hamil anak kedua.

Menerusi sebuah temu bual program hiburan, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, berkata dia mempunyai sebab tersendiri untuk mengunci mulut mengenai berita kehamilannya.


Foto: IG

“Ramai kata, kalau pregnant, mengaku je lah…jangan deny, kalau kita deny macam kita doakan benda yang tak baik.

“Saya ada sebab-sebab sendiri, saya ramai kawan-kawan yang alami keguguran, dan sebelum ini saya dah pernah keguguran 2 kali. Jadi saya takut beriya war-warkan bagitahu ‘saya pregnant’, sekali bukan rezeki saya,” ujarnya.




Bagi Emma sendiri, dia bukan mahu menyembunyikan kehamilannya tetapi ingin kandungan itu sihat dan kuat terlebih dahulu sebelum memberitahu kepada umum.

“Jadi niat Emma, bagilah kukuh, kuat dahulu, baby tu sihat. Bukan niat nak sorok rasa macam Beyonce, selebriti, tak ada. Memang nak jaga anak, sebab Emma pun bukan jenis yang.. ye lah kita banyak belajar dari kesilapan, dah makin tua, bukan nak attention,” jelas Emma.




Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk memberitahu tentang kehamilannya kelak.

“Taknak lah orang kata kalau kita sibuk bagi tahu kita keguguran, nak buat apa? Cuma kalau berita baik daripada doktor bagitahu  ‘Emma kandungan anak dah kuat, dah okey dah boleh war-warkan’. Sudah tentu…berita baik yang saya excited nak bagitahu semua orang, saya akan bagitahu.





“Cuma waktu sekarang ini, Emma tak mahu mengiyakan, Emma tak mahu menidakkan. Emma nak biarkan sihat walafiat,” katanya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel pada 8 November 2020. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 28-12-2022 04:16 PM
yang menyibuk nak tahu orang pregnant ke tak pehal? kau bukan tanggung bil dia bersalin ke apa nak menyibuk. Kalau takat nak tahu sebab nak ucap tahniah, memang tahi lah
Quote cicicumel 28-12-2022 04:21 PM
Teruskan beranak. Genetik mak ayah lawa. Emma pon makin cantik.
Quote SherryZass 28-12-2022 04:25 PM
Entah, menyibuk je nak tau dia pregnant ke tak. Biorlah diorang. Nak komen baju timah tu, bawah pendek, tapi tutup dengan stokin bola, atas lengan panjang. Tak sejuk ke kaki, rasa togel jah
Quote Hoshhi 28-12-2022 04:30 PM
Kalau dia pregnant pun korang yang sibuk sibuk tu dapat apa. Dia bagi duit ke? Semak betul
Quote haruslah 28-12-2022 04:32 PM
Rambut pendek dah rupa chacha
Quote slyfynx 28-12-2022 04:34 PM
“Saya ada sebab-sebab sendiri, saya ramai kawan-kawan yang alami keguguran, dan sebelum ini saya dah pernah keguguran 2 kali. Jadi saya takut beriya war-warkan bagitahu ‘saya pregnant’, sekali bukan rezeki saya,” ujarnya.


*beria-ia
*uar-uar

Yang beriya tu malas nk tegur sbb ramai tau kot beria-ia adalah ejaan yang betul.
Tp uar-uar ni ramai x tau.
So kite share ilmu sama-sama.
Quote teen_angelJB 28-12-2022 04:38 PM
haruslah replied at 28-12-2022 04:32 PM
Rambut pendek dah rupa chacha

Kn..aku siap scroll 2 kali ingt chacha..hihi
Quote _blackbird 28-12-2022 04:39 PM
biar lah kalau retis tu taknak umumkan dia mengandung ke beranak ke tu hak dia la. yg retis nya dia, bukan anak dia. kalau dia taknak tunjuk anak dia pon tu pilihan dia juga. ko jaga anak ko sendiri je la netijen oiii.... anak org lain biar mak pak diorg yg pening kepala
Quote Omai 28-12-2022 05:00 PM
makin lawa rohani ni
Quote HoneyManjer 28-12-2022 05:15 PM
haha...netijen mana yg kepochi sangat tuh...
lantak la deme nak sorok ke nak announce ke...
rimaih betul
Quote bungarose 28-12-2022 05:16 PM
Busy body bethol tanya retis pregnant ker tak
Quote Lavender_Violet 28-12-2022 05:26 PM
Hari tu hangat gossip laki nya berpoya2 sakan kat luar
Tup2 dah pregnant lagi
Quote lattehazelnut 28-12-2022 05:29 PM
Lavender_Violet replied at 28-12-2022 05:26 PM
Hari tu hangat gossip laki nya berpoya2 sakan kat luar
Tup2 dah pregnant lagi

Wow ye ke.. geng2 stewardess ke..
spill the tea sis..
Quote Lavender_Violet 28-12-2022 05:42 PM
lattehazelnut replied at 28-12-2022 05:29 PM
Wow ye ke.. geng2 stewardess ke..
spill the tea sis..

Ada chuols thread dlm bod gossip ni gak...
Sekitar 2-3 bulan lalu
OKG tu ramai yg speku Emma Maembong ni
Quote xtinkerbellx 28-12-2022 05:44 PM
Kalo baby girl mesti lawo gebu gebas
Quote missHaidiD 28-12-2022 05:45 PM
Emma , faz, jahlop  semua mohon beranak bnyk2.


Netizen takde pulak merentan bila jahlop buat cmtu kn..netizen ni berat sblh
Quote lattehazelnut 28-12-2022 05:52 PM
missHaidiD replied at 28-12-2022 05:45 PM
Emma , faz, jahlop  semua mohon beranak bnyk2.



Lama gila teka2 jahlop preggy.. minion dia lah yg buat kan..
Sbb byk sgt thread dia yg annoying org dah xheran dah..
Quote cucutokwan89 28-12-2022 05:59 PM
SherryZass: Entah, menyibuk je nak tau dia ...


Wehhh, daku penah naik ETS memalam, sejuk. Mai dak² amoi, selamba pakai short, tp pakai sweater. Tak paham akum
Quote jejaka_hensem 28-12-2022 06:06 PM
Makin cantik emma ni,sepadan dgn husband dia.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.051058 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top