Hantaran Sherry Al Hadad di Instagram mengenai busana dipakai komposer Ajai mencuri perhatian ramai. Dalam posting berkenaan, pelakon dan pengacara itu membuat perbandingan busana berkenaan dengan sebuah majalah yang dipegangnya.
Sherry menunjukkan busana diperagakannya dalam sebuah majalah berwarna hijau neon dengan bergaris hitam. Namun, apa yang mengejutkan adalah Ajai juga memakai pakaian sama seperti Sherry dalam sebuah program realiti di televisyen. Ramai juga rakan artis meninggalkan komen pada hantaran berkenaan termasuk Ajai sendiri. Difahamkan, Ajai memakai busana itu sewaktu menjadi juri Famili Duo, sebuah program realiti nyanyian unik dan berlainan daripada program lain yang menampilkan pasangan peserta terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT