CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramona Zam Zam Dituduh Sombong Datang Sekejap Je Di Majlis Kenduri Adik

28-12-2022 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3377| Komen: 14

Ramona Zamzam menjelaskan bahawa dia dan suami, Rami Alashkar mengalami keracunan makanan dan terpaksa dirawat di hospital semasa menghadiri majlis perkahwinan adik perempuannya di Kampar, Perak, pada Ahad.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dia dan suami sudah berasa tidak sedap badan kerana berulang kali muntah serta cirit birit.

Malah, dia dan suami hanya dapat berada di majlis tersebut dalam beberapa minit sahaja.

Fot: IG

Memetik laporan Utusan, Ramona mahu menjelaskan perkara tersebut kerana bimbang dilabel sombong kerana ramai kenalannya hadir ke majlis perkahwinan adiknya.

“Saya terpaksa jelaskan situasi ini sebab tidak mahu ada tetamu dan kenalan fikir saya sombong atau apa. Maklum sajalah, ini majlis perkahwinan, jadi ramai saudara-mara, keluarga, kenalan, termasuk guru sekolah saya dan adik hadir.


“Ramai yang ajak bergambar dan mahu bertegur sapa, saya pula tiba-tiba tidak sihat. Ingatkan cuma penat, tetapi apabila naik sebentar di bilik rehat, saya dan suami mula mengalami muntah-muntah.

“Saya risau bila orang tengok kami berdua tiada di majlis kahwin adik, nanti macam-macam andaian timbul. Sebelum terjadi, lebih baik saya jelaskan situasi sebenar,” katanya.



Susulan keadaan kesihatannya, pelakon KL Special Force ini bersyukur dirinya dan suami semakin pulih.

“Alhamdulillah, saya dan suami sudah semakin okey. Sudah ada tenaga sikit. Kalau tidak, agaknya untuk bercakap pun tidak berdaya. Kami berdua juga demam semalam, namun mujur sudah kembali sihat.

“Kami paling risaukan anak, Ivanna sebab dia yang terlebih dahulu mengalami keracunan makanan. Tetapi, dia sudah sihat selepas dirawat di klinik. Tidak boleh bayangkan kalau kami tiga beranak sama-sama jatuh sakit.



“Kami jenis yang tidak mahu susahkan orang. Dulu, masa sakit, keluarga mahu tolong hubungi ambulans, tetapi kami rela pandu sendiri kereta untuk ke hospital,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia berharap agar tidak pihak yang tersinggung kerana tidak dapat bersua muka pada majlis tersebut dan memohon maaf andai ada salah faham.




Untuk rekod, Ramona mendirikan rumah tangga bersama Rami pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia lima tahun.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 28-12-2022 01:14 PM
Lawa lawa orang perak iye.
IK pun perak kan. Sungai Jeram kan kaza tu.
Quote belilies 28-12-2022 01:21 PM
Laki sheols keje apa? Bizmen ke?

Tapi seeloknya sheols post tu few days after eventlah. Jangan overshadow majlis adik. Takkannya everything is all about you
Quote ReginaGeorge 28-12-2022 01:24 PM
Mcm tak sesuai je cerita ni masuk bod. Pengumuman biasa je pon…
Quote akuHavocczz 28-12-2022 03:18 PM
ReginaGeorge replied at 28-12-2022 01:24 PM
Mcm tak sesuai je cerita ni masuk bod. Pengumuman biasa je pon…

Tu ah tu. Sesuai letak kat whatsapp status je.
Quote QueenIsolde 28-12-2022 03:41 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 28-12-2022 01:14 PM
Lawa lawa orang perak iye.
IK pun perak kan. Sungai Jeram kan kaza tu.

Bia betul chuols? Cantik ke si ira degawan ngan zafira zamzam tu klu ramona ni lawa la jgk.
Quote Lavender_Violet 28-12-2022 04:00 PM
Me suka dia ni especially masa dia berlakon dgn Fattah & Arja Lee tu
Quote lattehazelnut 28-12-2022 05:59 PM
Biarlah dia nak post kat insta..
yang dijemput ke wedding beribu..
Yang dia add kat wasap contact xkan la semua tetamu jemputan, agaknye seratus je..
Nak2 pla jemputan makcik pakcik kang kata ramona kekwat lah ape lah..
Quote rosedemon 29-12-2022 10:16 AM
ramona lawo sbb jadi retis kalau tgk adiknya tu alahai desa nan permai
Quote adeqbun 29-12-2022 11:06 AM
Lavender_Violet replied at 28-12-2022 04:00 PM
Me suka dia ni especially masa dia berlakon dgn Fattah & Arja Lee tu

ai tersuke die time cite die jd antagonis,hero remy sahak ngan tiz zaqya..menjadi btol die pnye watak..xnmpk slutty tp nmpk penggoda yg next level...
Quote dewi_rina 29-12-2022 11:57 AM
Oh orang kampar rupanya
Quote dewi_rina 29-12-2022 12:35 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 28-12-2022 05:14 AM
Lawa lawa orang perak iye.
IK pun perak kan. Sungai Jeram kan kaza tu.

Uols jgn lupa si tom kepam tu, lawa tak?
Quote che-cikL 29-12-2022 01:06 PM
Misleading nya tajuk. Mana ada org tuduh, dia yg declare sebelum family & friends tercari2 dia laki bini.
Quote Lily_Elizabeth_ 29-12-2022 07:33 PM
QueenIsolde replied at 28-12-2022 03:41 PM
Bia betul chuols? Cantik ke si ira degawan ngan zafira zamzam tu  klu ramona ni lawa la jgk. ...

Lawalah dorand, dari I (sebab I mmg tak lawa).


For my eyes, dorang dorang ni cantik.
Distinctive face bak kata ayat orang putih.
Quote Lily_Elizabeth_ 29-12-2022 07:42 PM
dewi_rina replied at 29-12-2022 12:35 PM
Uols jgn lupa si tom kepam tu, lawa tak?

Tom features dia lawa. Just kulit berkasap. Dan nampak tak wangi cam tak mandi.

Itu my eyes punya pov.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043341 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top