Pihak berkuasa di India menyiasat aduan mengenai penipuan tawaran kerja melibatkan kira-kira 28 individu yang diperdaya untuk mengira bilangan kereta api selama beberapa hari.
Kesemua mangsa dari negeri Tamil Nadu percaya mereka menjalani latihan bersama Indian Railways dan turut membayar antara 200,000 rupee (RM10,700) dan 2.4 juta rupee (RM128,271) untuk mendapatkan kerja tersebut. Jurucakap polis di New Delhi mengesahkan mereka telah melancarkan siasatan pada November lalu, namun berita 'scammer tawar kerja' itu hanya diketahui umum pada minggu lalu.
"Mereka diminta untuk berdiri platform berbeza di stesen kereta api utama di Delhi selama lapan jam pada setiap hari. "Kesemua mangsa diarahkan untuk mengira kereta api yang melalui stesen berkenaan," laporan Press Trust India. Salah seorang mangsa mendakwa dia sanggup melakukan apa jua kerja demi untuk menanggung keluarganya selepas pandemik Covid-19. "Kami diminta ke Delhi untuk menjalani latihan 'kira kereta api'. Pada mulanya, kami agak ragu-ragu dengan latihan itu, namun scammer tersebut adalah sahabat baik jiran kami. Rupa-rupanya kami ditipu," ujarnya yang enggan identitinya didedahkan. Sumber: Sinar Harian
|
tikusmontok replied at 28-12-2022 10:48 AM
Kerja ramli lagi teruk..kira bulu kambing
supernaturalee replied at 28-12-2022 12:00 PM
xpun berus gigi harimau
tikusmontok replied at 28-12-2022 12:42 PM
Sambung ekor beruang
supernaturalee replied at 28-12-2022 02:03 PM
why la dh over 2000s still ape yg ada dlm filem p ramlee related dgn situasi semasa
tikusmontok replied at 28-12-2022 04:37 PM
Alep mim nun tendang wow
ADVERTISEMENT