Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.
Penasihat Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan harus turun berbincang dengan pemegang taruh terlebih dahulu dan memantau perkembangan sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan pindaan berkenaan secara total. "Kenapa hendak cepat sangat? Menteri-menteri baharu belum panggil pemegang taruh. Kita sudah hantar surat, dengar cerita kita dulu. "Sekarang pemulihan sedang berlaku, inflasi dan harga barang naik. Objektif utama perdana menteri sekarang ialah kos sara hidup, kita nak pastikan ia tak naik. Kalau pindaan ini diimplementasi, adakah ia tidak akan beri kesan pada inflasi?
"Kita di Malaysia biasanya nak ikut negara maju, itu bagus tetapi kita negara membangun, jangan guna kriteria negara maju dan kita tahu mereka pun sedang menderita sekarang. Kita pula nak masuk dalam lubang yang sama. "Ini bukan masa yang sesuai, penangguhan pun baru enam bulan. Pemain industri kata sabar sementara waktu, bagi masa setahun dua apabila pandemik betul-betul sudah reda dan situasi perniagaan sudah balik seperti biasa. "Kita tengok saingan negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand sudah laksanakan peraturan seperti itu? Malaysia ialah hab pembuatan, kita ada saingan, jangan buat sesuatu yang akan buat kita less comepetitive," ujarnya lagi. Buat masa ini, beliau melihat antara yang boleh dilaksanakan awal ialah cuti bersalin, namun kadar kerja lebih masa untuk gaji RM4,000 ke bawah belum sesuai dilaksanakan. Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd menambah, pelaksanaan secara total hanya akan meningkatkan kos di pihak majikan, dan ia akan menyebabkan pengguna menerima impaknya, terutama dari segi kenaikan harga barang. "Apabila kita sudah jadi negara maju barulah kita laksanakan sebab kosnya sangat besar, harga barang akan naik. Ini akan jadi kos tambahan, dengan tarif elektrik pun akan naik. "Jangan ingat peniaga boleh terima, mereka terpaksa tutup perniagaan atau pelanggan akan absorb kosnya, jadi jangan marah, kenapa barang mahal," katanya lagi. Minggu lalu, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar memaklumkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023. Terbaharu, Sivakumar mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang daripada lima orang yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari ini, ditangguhkan kepada 1 Julai 2023. Sumber: AWANI
|
terma2nkondisi2 replied at 27-12-2022 09:03 PM
pemegang taruh = stakeholder?
jazaa100 replied at 27-12-2022 09:46 PM
Laaa....aku ingat apa lah pemegang taruh tu....
Knp tak tulis pemegang saham.
Kak-Rohana replied at 27-12-2022 08:53 PM
Ko ni serba tak kena. Sembang mcm ko sorang bukak kedai. Baik akak pegi kedai Apek..paling terdesak ...
terma2nkondisi2: setakat apa yg kerajaan dah bu ...
jazaa100 replied at 27-12-2022 09:46 PM
Laaa....aku ingat apa lah pemegang taruh tu....
Knp tak tulis pemegang saham.
terma2nkondisi2 replied at 27-12-2022 09:30 PM
setakat apa yg kerajaan dah buat sekarang ni, anjing2 pn/pas kelihatan lemah dalam porem ni.. ada is ...
mojarean_X replied at 27-12-2022 11:01 PM
Tp kan dh lama x nmpk pyropura dan sam sejak pru15. Bang kem masih ada lg. Rashiman pun dh jarang ...
sharlenetexas replied at 27-12-2022 11:03 PM
Bangcak dah lama tak nampak.
jazaa100 replied at 27-12-2022 09:46 PM
Laaa....aku ingat apa lah pemegang taruh tu....
Knp tak tulis pemegang saham.
terma2nkondisi2 replied at 27-12-2022 11:06 PM
stakeholder tu maksudnya pihak yg ada kepentingan/hak dlm sesuatu perkara
pemegang saham adalah s ...
ADVERTISEMENT