CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4735|Reply: 61

'Kenapa Nak Cepat Sangat? Dengar Cerita Kita Dulu' - Ameer Ali Mydin

[Copy link]
Post time 27-12-2022 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.


Penasihat Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan harus turun berbincang dengan pemegang taruh terlebih dahulu dan memantau perkembangan sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan pindaan berkenaan secara total.




IG




"Kenapa hendak cepat sangat? Menteri-menteri baharu belum panggil pemegang taruh. Kita sudah hantar surat, dengar cerita kita dulu.


"Sekarang pemulihan sedang berlaku, inflasi dan harga barang naik. Objektif utama perdana menteri sekarang ialah kos sara hidup, kita nak pastikan ia tak naik. Kalau pindaan ini diimplementasi, adakah ia tidak akan beri kesan pada inflasi?


"Kita di Malaysia biasanya nak ikut negara maju, itu bagus tetapi kita negara membangun, jangan guna kriteria negara maju dan kita tahu mereka pun sedang menderita sekarang. Kita pula nak masuk dalam lubang yang sama.


"Ini bukan masa yang sesuai, penangguhan pun baru enam bulan. Pemain industri kata sabar sementara waktu, bagi masa setahun dua apabila pandemik betul-betul sudah reda dan situasi perniagaan sudah balik seperti biasa.


"Kita tengok saingan negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand sudah laksanakan peraturan seperti itu? Malaysia ialah hab pembuatan, kita ada saingan, jangan buat sesuatu yang akan buat kita less comepetitive," ujarnya lagi.


Buat masa ini, beliau melihat antara yang boleh dilaksanakan awal ialah cuti bersalin, namun kadar kerja lebih masa untuk gaji RM4,000 ke bawah belum sesuai dilaksanakan.


Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd menambah, pelaksanaan secara total hanya akan meningkatkan kos di pihak majikan, dan ia akan menyebabkan pengguna menerima impaknya, terutama dari segi kenaikan harga barang.


"Apabila kita sudah jadi negara maju barulah kita laksanakan sebab kosnya sangat besar, harga barang akan naik. Ini akan jadi kos tambahan, dengan tarif elektrik pun akan naik.


"Jangan ingat peniaga boleh terima, mereka terpaksa tutup perniagaan atau pelanggan akan absorb kosnya, jadi jangan marah, kenapa barang mahal," katanya lagi.


Minggu lalu, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar memaklumkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan, akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023.


Terbaharu, Sivakumar mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang daripada lima orang yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari ini, ditangguhkan kepada 1 Julai 2023.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
taula ko amik apa pon ada kt mydin tu.... pakis,bangla,pilak,sri lanka,nepal dan ntah sapa lg...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 08:53 PM | Show all posts
kakitangan awam makan beras dan nasi
swasta makan kayu dan batu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ni serba tak kena. Sembang mcm ko sorang bukak kedai. Baik akak pegi kedai Apek..paling terdesak pun akak masuk Giant. So annoying..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pemegang taruh = stakeholder?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Berjaman ko bagi gaji murah dah lahanat...dasar kapitalis tersial
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
setakat apa yg kerajaan dah buat sekarang ni, anjing2 pn/pas kelihatan lemah dalam porem ni.. ada isu2 yg kerajaan dah buat sekarang ni yg boleh dijadikan modal utk anjing2 pn/pas menyalak dgn kuat.. tapi hanya menyalak2 pasal isu yg dekat dgn rakyat marhaen saja

pertembungan ph lwn bn dulu2 yg betul2 hangat dlm porem ni sbb anjing2 ph dan bn betul2 bengis.. tapi mungkin kerana ph dan bn sekarang ni berada di pihak yg sama, so sebab tu la 'perang' politik tak sehangat dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 27-12-2022 09:03 PM
pemegang taruh = stakeholder?

Laaa....aku ingat apa lah pemegang taruh tu....

Knp tak tulis pemegang saham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau karajaan suruh orang kerja 24jam 7 hari seminggu mesti itu jam juga mamak maideen ini akan laksanakan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-12-2022 09:46 PM
Laaa....aku ingat apa lah pemegang taruh tu....

Knp tak tulis pemegang saham.

Bukan pemegang saham ni. Maksudnya para usahawan / ahli perniagaan yang perlu bayar gaji pekerja.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 27-12-2022 08:53 PM
Ko ni serba tak kena. Sembang mcm ko sorang bukak kedai. Baik akak pegi kedai Apek..paling terdesak  ...

Kannn
Lately ni kemain


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2: setakat apa yg kerajaan dah bu ...


Kaka dah jadi baik. Xgaduh2. Kaka dh pencen jusa c politik
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:52 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 27-12-2022 09:46 PM
Laaa....aku ingat apa lah pemegang taruh tu....

Knp tak tulis pemegang saham.

shareholder = pemegang saham
stakeholder = pihak berkepentingan

tapi kelakar letak pemegang taruh...  puas aku fikir pemegang taruh tu apa...  letak la pemegang berkepentingan...

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemegang taruh tu apa?


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 27-12-2022 09:30 PM
setakat apa yg kerajaan dah buat sekarang ni, anjing2 pn/pas kelihatan lemah dalam porem ni.. ada is ...

Tp kan dh lama x nmpk pyropura dan sam sejak pru15. Bang kem masih ada lg. Rashiman pun dh jarang nmpk tp ada juga masuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 27-12-2022 11:01 PM
Tp kan dh lama x nmpk pyropura dan sam sejak pru15. Bang kem masih ada lg. Rashiman pun dh jarang  ...

Bangcak dah lama tak nampak.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 27-12-2022 11:03 PM
Bangcak dah lama tak nampak.

Bangcak sape?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 27-12-2022 11:24 PM
jazaa100 replied at 27-12-2022 09:46 PM
Laaa....aku ingat apa lah pemegang taruh tu....

Knp tak tulis pemegang saham.


stakeholder tu maksudnya pihak yg ada kepentingan/hak dlm sesuatu perkara

pemegang saham/shareholder adalah salah satu kategori stakeholder.. tapi stakeholder tak semestinya pemegang saham

lagi satu contoh stakeholder adalah camni.. katakan, syarikat megah holdings berhad nak buat kerja2 construction di kg dusun durian di kawasan bukit dan hutan.. tapi perbincangan pasal projek tu dgn pihak pentadbiran kg dusun durian hanya melibatkan org awam biasa je, tak melibatkan org asli.. isu ni menimbulkan kemarahan pihak orang asli sbb orang asli di kg dusun durian ni merupakan salah satu stakeholder juga.. sbb bukit2 dan hutan di kg dusun durian merupakan sebahagian drpd tempat tinggal dan tempat melakukan kegiatan harian mereka
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 27-12-2022 11:06 PM
stakeholder tu maksudnya pihak yg ada kepentingan/hak dlm sesuatu perkara

pemegang saham adalah s ...

Tp nape dlm dbp x de maksud:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 27-12-2022 10:53 PM
Pemegang taruh tu apa?

Croupier...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046989 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list