Personaliti TV, Hana Ismail akhir-akhir ini sering menjadi tumpuan warganet sejak mendirikan rumah tangga bersama pendakwah selebriti, Dai Syed.
Terbaharu, Hana atau nama lengkapnya Nurul Hana Ismail, sekali lagi menjadi bualan apabila fesyen tudungnya ditegur warganet di media sosial. Menerusi perkongsian di Instagram, Hana memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dia dan suami sedang bergambar di dalam kereta. Dalam perkongsian itu, Hana mengenakan jubah bewarna putih dan hitam. Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan penampilan fesyen tudung pengacara TV itu.
Ramai meluahkan rasa kecewa apabila fesyen tudung Hana didakwa terlalu singkat dan tidak seperti fesyen tudung sebelum ini yang labuh menutupi dada. Malah, segelintir warganet juga turut menegur Hana agar melabuhkan tudungnya bagi menjaga imejnya yang berhijab. Hana Ismail mendirikan rumah tangga bersama Dai Syed pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Sumber: Xtra
|
jihyomelly replied at 27-12-2022 08:28 PM
maybe semua baju setad dia approve so lantakkan lah
TerataiMelur02 replied at 28-12-2022 12:42 AM
Aiyooo netizen pun..takde bentuk yang nampak pun. Rileks la
gekkou replied at 28-12-2022 05:45 AM
yang laki rambut lain2 color tu memang azalinya begitukah?
busuk jah aku tgk lakinya
spy_caridotdot replied at 27-12-2022 11:42 PM
Apehal tetiba mendonia pulak si hana ismail ni? Semestinya happy la dia dapat attention sebegini kan
ADVERTISEMENT