Berita kematian pelakon Tunisha Sharma yang ditemui tidak bernyawa selepas menggantung diri di lokasi penggambaran terus menjadi perhatian. Terkini media tempatan melaporkan pihak berkuasa menahan bekas kekasihnya, Sheezan Khan kerana didakwa menjadi penyebab kepada kematian wanita berusia 20 tahun itu.
Dakwaan tersebut datang dari ibu Tunisha yang mengatakan pelakon berusia 27 tahun itu menjadi ‘pendorong’ anaknya mengambil nyawa sendiri di lokasi penggambaran Ali Baba: Dastaan-e-Kabul pada Sabtu kerana kemurungan selepas mereka putus cinta. “Ibunya mendakwa Sheezan melakukan provokasi terhadap Tunisha untuk melakukan aksi bunuh diri.
“Mereka bercinta, namun Sheezan tidak mahu berkahwin dengannya. Mereka berpisah pada November lalu dan situasi tersebut membuat Tunisha kemurungan. “Namun mereka masih profesional dan meneruskan kerja bersama di set penggambaran sama. “Jadi setakat ini kami menyiasat Sheezan dan akan membawanya ke mahkamah,” ujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Hindustantimes.com. Sheezan kini ditahan selama empat hari oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan. Pihak berkuasa juga menafikan desas-desus jika pelakon muda itu hamil, seperti yang dipersoalkan media tempatan. Sumber: AWANI
|
ADVERTISEMENT