Pihak pembelaan dalam kes pengacara popular, Awal Ashaari yang didakwa khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara April lalu telah mengemukakan representasi terhadap pertuduhan itu.
Peguam Datuk M. Reza Hassan yang mewakili Awal ketika dihubungi berkata, mahkamah telah menetapkan 26 Januari depan bagi keputusan representasi tersebut. “Saya tidak ingat bila representasi itu difailkan tetapi ia sudah lama dibuat. Sepatutnya jawapan representasi itu diketahui pada dua tarikh sebutan kes sebelum ini, namun ia ditangguhkan,” katanya. Pada 17 Mei lalu, Awal atau nama sebenarnya Awaluddin Ashaari, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.
|
dudaberhias replied at 5-1-2023 10:42 PM
kenapa awalina rosakkan pagar tu...... stress sebab dah sendu ke...
ke stress sebab istana kokdiang ...
ADVERTISEMENT