View: 739|Reply: 3
|
Kes Rosak Palang Pagar Perumahan, Awal Ashaari Kemuka Representasi
[Copy link]
|
|
Pihak pembelaan dalam kes pengacara popular, Awal Ashaari yang didakwa khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara April lalu telah mengemukakan representasi terhadap pertuduhan itu.
Peguam Datuk M. Reza Hassan yang mewakili Awal ketika dihubungi berkata, mahkamah telah menetapkan 26 Januari depan bagi keputusan representasi tersebut.
 Foto: IG
“Saya tidak ingat bila representasi itu difailkan tetapi ia sudah lama dibuat. Sepatutnya jawapan representasi itu diketahui pada dua tarikh sebutan kes sebelum ini, namun ia ditangguhkan,” katanya.
Pada 17 Mei lalu, Awal atau nama sebenarnya Awaluddin Ashaari, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.
Awal membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu (2022).
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. –CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
entahlah aku xpham istilah2 mahkamah ni. apa pun gudluck la |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa awalina rosakkan pagar tu...... stress sebab dah sendu ke...
ke stress sebab istana kokdiang 2.0 tak siap2 sebab terlampau cerewet?
senasib dengan che ta si permaisuri kok diang...
dah nak raya ke berapa dah ni masih tak siap lagi istana kokdiang...
netizen semua tengah syok menanti last2 basi gitu je katanya...   |
|
|
|
|
|
|
|
Pagar tak rosak. Management saja je nak pedajal dia sebab dia bukak pagar tu guna tangan haha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|