CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Atu Zero Dan Isteri Minta Maaf Sebab Selalu Minta Duit Sumbangan Ramai

27-12-2022 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2323| Komen: 3

Setiap kali negeri kelahirannya iaitu Sabah di timpa musibah, pelawak Atu Zero dan isteri, Shafeeqa Johari antara individu awal yang sibuk memberi bantuan termasuk menggunakan medium media sosial bagi meminta bantuan orang ramai yang ingin turut menyumbang.


Terbaharu, insiden 100 buah rumah musnah akibat dipukul ombak berikutan air pasang yang melanda kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah turut membuatkan pasangan itu tidak senang duduk mengenangkan nasib mangsa yang terkesan.

Bagaimanapun, Shafeeqa mewakili Atu sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya hantaran meminta bantuan di Instagram tidak disenangi oleh segelintir pihak.


Foto: IG

Katanya, niat dia hanya mahu membantu orang yang dalam kesusahan memandangkan suaminya sendiri pernah berdepan dengan situasi sama sebelum ini.


"Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya selalu sangat meminta bantuan. Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya ingin membantu saudara-saudara Islam kita di sana.

"Memahami situasi mereka kerana Atu sendiri juga pernah mengalami situasi yang sama," katanya.



Perkara itu dikongsikan Shafeeqa menerusi Instagram miliknya bersama beberapa gambar keadaan rumah musnah dipercayai dipukul ombak air pasang baru-baru ini.

Tambah Shafeeqa, dia hanya sekadar mahu mencuba nasib sekiranya ada pihak yang ingin sama-sama membantu memandangkan mereka tidak mampu menghulurkan membantu seorang diri.

"Saya mencuba nasib jika ada diantara followers dan orang semenanjung mahu membantu mereka... tidak mereka meminta, kami yang mahu membantu.

"Tidak dapat ke laut mencari rezeki dan sememangnya kehidupan mereka susah, hilang lagi tempat berteduh. Saya berseorang tidak mampu bantu semua," katanya lagi.



Dalam perkongsian tersebut, Shafeeqa turut memaklumkan lebih 500 buah rumah lagi turut terancam dipukul ombak berikutan air laut pasang besar yang berlaku pada malam Ahad.

"Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2," kongsinya.



Untuk rekod, Shafeeqa juga sebelum ini turut menghulurkan bantuan dengan menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital semasa musim pandemik. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 27-12-2022 12:57 PM
kalau dapat bantuan janganlah buat rumah kt situ lagi. jangan berumah tepi pantai kalau takut di lambung ombak.
Quote rosedemon 28-12-2022 09:33 AM
ko xyah jd retis la oii
Quote imransulaiman 30-12-2022 09:50 AM
Orang kutip sumbangan guna akaun peribadi ni boleh ke?
Berani betul mereka

Telus ke hati dan sanubari dalam mengurus kewangan yang disumbangkan oleh orang ramai? Langsung tak termakan duit tu walau satu sen? Kalau mati sebelum sempat sampaikan sumbangan tu macam mana? Interest bank dari duit sumbangan orang awam tu siapa dapat?

Na'uzubillah

Jangan pula duit beli tiket pun ambil daripada sumbangan tu..


*banyak lagi aku nak tulis...tapi biarlah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.041693 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top