View: 1833|Reply: 3
|
Atu Zero Dan Isteri Minta Maaf Sebab Selalu Minta Duit Sumbangan Ramai
[Copy link]
|
|
Setiap kali negeri kelahirannya iaitu Sabah di timpa musibah, pelawak Atu Zero dan isteri, Shafeeqa Johari antara individu awal yang sibuk memberi bantuan termasuk menggunakan medium media sosial bagi meminta bantuan orang ramai yang ingin turut menyumbang.
Terbaharu, insiden 100 buah rumah musnah akibat dipukul ombak berikutan air pasang yang melanda kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah turut membuatkan pasangan itu tidak senang duduk mengenangkan nasib mangsa yang terkesan.
Bagaimanapun, Shafeeqa mewakili Atu sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya hantaran meminta bantuan di Instagram tidak disenangi oleh segelintir pihak.
Foto: IG
Katanya, niat dia hanya mahu membantu orang yang dalam kesusahan memandangkan suaminya sendiri pernah berdepan dengan situasi sama sebelum ini.
"Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya selalu sangat meminta bantuan. Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya ingin membantu saudara-saudara Islam kita di sana.
"Memahami situasi mereka kerana Atu sendiri juga pernah mengalami situasi yang sama," katanya.
Perkara itu dikongsikan Shafeeqa menerusi Instagram miliknya bersama beberapa gambar keadaan rumah musnah dipercayai dipukul ombak air pasang baru-baru ini.
Tambah Shafeeqa, dia hanya sekadar mahu mencuba nasib sekiranya ada pihak yang ingin sama-sama membantu memandangkan mereka tidak mampu menghulurkan membantu seorang diri.
"Saya mencuba nasib jika ada diantara followers dan orang semenanjung mahu membantu mereka... tidak mereka meminta, kami yang mahu membantu.
"Tidak dapat ke laut mencari rezeki dan sememangnya kehidupan mereka susah, hilang lagi tempat berteduh. Saya berseorang tidak mampu bantu semua," katanya lagi.
Dalam perkongsian tersebut, Shafeeqa turut memaklumkan lebih 500 buah rumah lagi turut terancam dipukul ombak berikutan air laut pasang besar yang berlaku pada malam Ahad.
"Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2," kongsinya.
Untuk rekod, Shafeeqa juga sebelum ini turut menghulurkan bantuan dengan menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital semasa musim pandemik. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat bantuan janganlah buat rumah kt situ lagi. jangan berumah tepi pantai kalau takut di lambung ombak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|