Seorang individu masih memendam rasa takut dek mengalami gangguan seksual sejak berusia enam tahun. Meluah perasaan kepada Abudi Alsagoff di Twitter, dia yang tidak mendedahkan identitinya berkongsi detik hitam apabila kehormatannya dicabul bapa saudara dan sepupunya.
"Semasa saya berusia 6 tahun, pakcik pernah masukkan anu dia dalam kemaluan ketika saya sedang tidur sehingga takut nak buka mata. "Masa Darjah 5, Paksu suruh saya urut dia tapi kena duduk atas dia punya..." dedahnya. Lebih menyedihkan, bapa saudaranya itu pernah menyuruhnya mengulum 'burungnya' itu, namun ditolak kerana berasa geli selain takut. Malah, sepupunya juga sama naik apabila cuba merogolnya dengan menyuruh individu berkenaan baring sebelum menindih badannya. Bagaimanapun, dia berkeras menolak perbuatan jijik sepupunya itu kerana ketakutan. Ujarnya, dia menjadi benci dengan dua durjana itu lebih-lebih lagi apabila melihat wajah mereka selepas menginjak dewasa. "Saya tak boleh maafkan mereka. Semua dah ada anak, tapi kenapa buat saya macam ni?" akuinya. Kejadian gelap itu menyebabkan dirinya trauma sehingga sukar mempercayai orang lain. Malah, hingga kini dia masih mengunci mulut dan menangis mengenangkan titik hitam dalam hidupnya itu. Bukan tidak mahu mengadu kepada keluarga, namun dia tidak mahu menjadi punca pergaduhan. Rata-rata warganet menasihatkan individu berkenaan supaya mendapatkan khidmat kaunseling selain menggesanya menyuarakan apa yang terjadi sebagai pengajaran. - CARI
|
SalenaGomez replied at 27-12-2022 02:13 PM
Frankly, benda2 mcm ni pernah berlaku pada SG time kecik2 dulu doing by kazen…sib baik pak sedara o ...
ajuliana replied at 27-12-2022 02:34 PM
i dulu umur 6 tahun, pakcik durjana bawak i jalan2 ptg2 naik motor sbb i kadang2 duduk dgn nenek sbb ...
green~tea replied at 27-12-2022 02:47 PM
Astaghfirullah... sedih baca your sharing/confession ni.. tak dpt byg trauma tu mcmana membesar en ...
ajuliana replied at 27-12-2022 02:34 PM
i dulu umur 6 tahun, pakcik durjana bawak i jalan2 ptg2 naik motor sbb i kadang2 duduk dgn nenek sbb ...
ajuliana replied at 27-12-2022 02:56 PM
tenkiu sistur.. i mmg overprotective dgn ank dara i. mak i mintak hantar ke kampung buat teman dia ...
krustykrab replied at 27-12-2022 02:57 PM
Yr dad tak buat report ?
Sedih baca citer chuols...pak sedara yg patutnya.jaga kita, ambik kesempa ...
green~tea replied at 27-12-2022 03:00 PM
Eh bg i tak salah nak sengih ke senyum ke deme dapat balasan CASH berbakul2...
Geram i dengar... ...
Kilian replied at 27-12-2022 02:51 PM
I tak pernah kena tp ada kawan/relatives I terkena. to me, amalan tido lambak2 pastu takda batas per ...
green~tea replied at 27-12-2022 02:38 PM
Allahu Akbar..
I pun cucu sulung perempuan belah ayah.... i have more than 10 cousins lelaki yg ...
toynme replied at 27-12-2022 03:47 PM
bersyukur takde circle mcm ni..syukur....
ajuliana replied at 27-12-2022 03:08 PM
.. kannn x salah i bergembira
ADVERTISEMENT