CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hack Telegram Guru, Individu Menyamar Jadi Doktor Minta Gambar Bogel Murid

23-12-2022 11:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3608| Komen: 12|Original author: Tatod

Description: Zaman serba canggih kini bukan sahaja isu penipuan wang ringgit yang perlu dibimbangkan, tetapi juga keselamatan kanak-kanak yang bila-bila masa sahaja mungkin menjadi mangsa pedofilia.
Sumber FB


Zaman serba canggih kini bukan sahaja isu penipuan wang ringgit yang perlu dibimbangkan, tetapi juga keselamatan kanak-kanak yang bila-bila masa sahaja mungkin menjadi mangsa pedofilia.

Walau secanggih mana pun teknologi yang kita ada, individu berniat jahat turut mempunyai seribu satu cara untuk mencari jalan bagi mencapai matlamat mereka.

Menerusi perkongsian MB Bansing di Facebook, dia memuat naik beberapa keping 'screenshot' perbualan antara seorang individu yang mendakwa dirinya seorang doktor memperdaya pelajar untuk memberikan gambar bogel atas alasan pemeriksaan kesihatan secara atas talian.


Sumber FB

Sumber FB

Wanita yang berkongsi perkara itu turut mengingatkan rakan media sosial agar mengingatkan anak-anak supaya tidak mudah mempercayai tugasan yang diberikan guru sekiranya ia tidak masuk akal.

"Salam mak-mak. Tolong pesan kat anak-anak ya. Baik perempuan ataupun lelaki, hati-hati kalau dapat mesej atau task pelik-pelik dari cikgu.

"Jangan mudah percaya. Takut nanti handphone cikgu pun kena hack.

"Share ramai-ramai. Bahaya kalau ada macam begini. Telegram biasanya senang untuk kena hack. Jangan lupa pesan pada anak-anak perempuan," tulisnya.

Sumber FB

"Ada scammer yang hack Telegram. Minta macam-macam dari pelajar. Bahaya. Sebab itulah berikan peringatan kepada pelajar agar jangan sesekali percaya mentah-mentah.

"Zaman sekarang memang tidak boleh dipercayai. Kalau ada yang mesej di Telegram jangan cepat percaya," katanya lagi.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan sumber asal kes tersebut dan sama ada ia baharu berlaku atau sudah berjaya diselesaikan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 24-12-2022 11:23 AM
Biasanya hack telegram orang untuk pinjam duit. Sekarang ni pula suruh bogel
Quote shernazz 24-12-2022 11:35 AM
Siot sungguh..
Telegram anak iols.mmg iols.link je dgn hp.iols..
Iols pantau je...
Quote CiliPadiSedap 24-12-2022 12:13 PM
Telegram ni dia hack boleh sedut gallery, capture screen.capture keystroke.

Dekat active device takkan keluar walau dh reset dh log out semua

Cara dia factory reset je handphone semula. Elakkan click link and auto download group2 kt tele.

Kt tele ni orang susah perasan sebab mesej boleh delete dua belah pihak.

Berbeza whatsapp org akan perasan mesej dh delete. Yg guna tele kena cakna
Quote batmana 24-12-2022 02:34 PM
bkn hack ni, adala somi,teman lelaki, cikgu2 tu, pakai tepon cikgu tu terus link devices dgn browser

aku suspek kenalan cikgu yg buat ni

pakai telegram pn xnk secure kn, telegram la senang nk link sync bagai
Quote airfilterkotor 24-12-2022 02:39 PM
Kalau dah peras ugut (dibaca mintak duit) mesti duit tu kena masuk akaun seseorang kann?

Takkan laa pulis tak berdaya nak trace kowwt.

Apa-apa, repot pulis dulu, tau la pulis nak buat guane dengan setan-setan ni.
Quote edayildiz 24-12-2022 02:48 PM
i active bukak telegram beberapq bln lps..sbb ada group exam ptd ngan cikgu..now i xbkk dh lps i failed iv ptd n cikgu..byee telegram
Quote otai_g 24-12-2022 07:04 PM
Nasib baik aku x aktif telegram. Da ada Whatsapp knp nak guna telegram.

Kang aku srh guna ngobrol app tau plk x nak.
Quote TOPwind 24-12-2022 08:05 PM
Teklegram ni senang kena HEK

hati2 keleluarlah dengan saegera dari app ni
Quote cheezel 24-12-2022 08:57 PM
Pedofilia la ni. Kenyang dia
Quote liyamariska 24-12-2022 09:10 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote Suchi 25-12-2022 07:50 PM
Ayat scammer mmg sama je ye mesti tanya awak kat mana? Sorang ke? Sila masuk bilik kunci blabla
Sbb iols kena gini laa alasan dia konon perbualan ni direkodkan jd takle ada sbrg bunyi nnt kena rekod balik kononnya.
Tp scammer tu nak duit iols laa yg bebudak ni sangap nk tgk badan budak sekolah.
Pedaya budak sekolah lebih mudah, hati2 la ye bila ada sesapa pesan jgn bitau mak pak bila dorang minta sesuatu itu mmg berniat jahat waima cikgu sekolah korang pun.
Quote ladybugz 26-12-2022 09:05 PM
i rasa ni tactic baru utk dapatkan underage nude photos. they will most probably sell this in the dark web for a lot of money. i baru2 ni ada ex colleague i tetiba contact kat telegram mintak duit, kesian dia terpaksa buat status kat whatsapp yg ada org hack no dia kat telagram. my mom pun kena dgn ustaz dia. mujurla my mom mmg jarang contact ustaz tu. mujur la x dan nk transfer apa2. jaga2  la.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052042 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top