Nadia Brian seolah-olah muak apabila penampilan seksinya sering menjadi perhatian sehingga dijadikan tajuk dalam sesebuah artikel hiburan. Lebih membuatkan pelakon berusia 31 itu kesal apabila kerja kerasnya selama ini untuk membina nama sebagai pelakon jarang diberi perhatian berbanding imej seksinya.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Instagramnya, pelakon itu mengakui terkilan apabila sekali lagi penampilannya menjadi bahan berita. “Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi untuk orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk berita? “Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup, tak ada pula nak buat berita. Memalukan,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang selama ini memberikan sokongan dan kasih sayang buatnya. “Terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong dan menjaga saya dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah,” katanya. Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata peminat meminta untuk pelakon itu bersabar dan berjanji akan sentiasa ada untuk menyokong karier seninya. Bahkan, ada netizen mengakui meminati Nadia bukan kerana imej seksi, tetapi kerana bakat dan kecantikan pelakon terbabit.
|
bondeh replied at 26-12-2022 04:19 PM
Dah memang meminta. Lainlah Alicia Amin baru berjinak dalam dunia lakonan siap tercalon dalam FFIM l ...
nazriatie replied at 26-12-2022 10:16 PM
Nadia shahab yg lg sorang kan?
ADVERTISEMENT