CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafeez Mikail Bertunang- Minta Bakal Isteri Bersedia Dengan Cabaran Kahwin Artis, Nak Hadap Netizen

26-12-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4113| Komen: 45

Hafeez Mikail selamat mengikat tali pertunangan dengan Noor Azira Azman, 26, di kediaman wanita itu terletak di Beranang, Selangor pada Sabtu.

Berkenalan sejak setahun lalu, Hafeez atau Muhd Hafiz Muhd Zaki, 30, berkata sudah tiba masanya dia membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius memandangkan usia juga semakin meningkat.


Foto: IG

“Kami bermula sebagai kawan dan kemudian barulah bercinta. Dia bukanlah orang dalam industri seni.

“Rasanya sudah tiba masa untuk saya berkahwin. Umur pun semakin meningkat. Keluarga juga sudah merestui jadi eloklah saya cepatkan untuk jadikan hubungan ini halal,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Hafeez memberitahu mereka merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan namun belum bersedia untuk mendedahkan tarikh tersebut.




Malah dia juga kini sedang mempersiapkan diri agar dapat memikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

“Kalau nak cakap persediaan menjadi suami orang tu dah lama sedia. Tetapi apabila sudah bertunang ini saya haruslah lebih kerja keras dan memperbaiki diri untuk jaga anak orang.

“Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. Nanti saya akan umumkan,” ujarnya.



Berkongsi mengenai sisi peribadi bakal isteri, Hafeez berkata tunangnya itu seorang yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.

Dia juga sudah memberi peringatan awal kepada Azira untuk bersedia dengan komen-komen netizen serta perhatian yang bakal diterima apabila bergelar isteri kepada seorang artis.



“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik.

“Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen. Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia nanti,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 26-12-2022 10:31 AM
Aku ingatkan Noh Hujan tadik
Quote sabundettol 26-12-2022 10:42 AM
Alah ko tu bukan fames sgt smpai org nak komen
Quote syabee 26-12-2022 10:53 AM
pelakon kah penyanyi kah?? nape tak kenal
Quote menjad 26-12-2022 10:55 AM
Parahhhh
Tak kenal langsung nih
Quote laksmanabentan 26-12-2022 10:57 AM
popular sgt ker nih??
hahahhahaa.....

who are you?????

nasihat pada tunang mcm dia nih pelakon terbaik la... pelakon paling popular laa... hahahahhahaa... padahal sendu jer uoollls...

Quote KBW2 26-12-2022 10:59 AM
Takpe dik, ramai tak kenal.
Quote sukacactus 26-12-2022 11:35 AM
Pernah la tgk berlakon tp dah xingat citer apa…dedulu masa muka dia xpenuh bulu ni la
Sorry la aku ingatkan dia adik2
Semoga selamat ke peringkat seterusnya
Quote NazRysha 26-12-2022 11:39 AM
mikael mai manaaaaa
Quote nura19 26-12-2022 11:40 AM
Cite hati perempuan kn...jd adik sharul rizwan
Quote beatgirlX 26-12-2022 11:55 AM
Dia ni berlakon not bad...
Cuma rendanggg...
Quote bungarose 26-12-2022 12:06 PM
Tak kenal
Next
Quote lucky_peace 26-12-2022 12:44 PM
Xde la terkenal sgt sampai fefeeling byk gossip sana sini.
Quote virgocircus 26-12-2022 12:45 PM
Maaf xkenal. Apepun tahniah
Quote Carcosa 26-12-2022 01:35 PM
Mcmana nak mengata engkorang, sedangkan kewujudan korang 2 ekor pun, aku xsedar. Muka kau, nama kau, semua tak penah singgah di cerebellum ku
Quote hanihan16 26-12-2022 01:41 PM
ya Allah gambar bertunang tu kemejanya tak button abis nyah, spoil gambar
Quote imanjannah 26-12-2022 01:42 PM
sapa ni
Quote September14 26-12-2022 01:48 PM
X kenal tp dlm ganbaq tu nampak helok jgk lah
Quote winky1 26-12-2022 02:01 PM
I like this guy ...famous tidak sendu pun ok nothing to complain....btw trend Malay brides pakai dress ketang dada ka?  Not talking abt aurat ke apa ...tapi always rasa cacat semua sebab sekerat camtu. Mcm baju tak habis jahit gitu
Quote helicornia 26-12-2022 02:07 PM
hanihan16: ya Allah gambar bertunang tu k ...

Yg pompun pesen berkemban.punah. tk sangka org kg beranang pun ada pakai mcm ni masa bertunang

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.034799 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top