Ibu kepada pelakon Alya Iman iaitu Jamaliah Jamari, 54, meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada petang Sabtu. Berkongsi khabar duka itu, Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 21, memberitahu arwah ibunya sudah lama menghidap penyakit kanser dan menerima rawatan di hospital sejak empat bulan lalu.
“Mama sudah lama menghidap kanser dan dia duduk di hospital sejak empat bulan lalu. “Mama menghembuskan nafas terakhir selepas sehari keluar hospital di rumah yang sama dengan arwah ayah meninggal dunia pada tahun 2018,” katanya kepada mStar. Kata Alya, meskipun masih menerima rawatan di hospital, ibu meminta dibawa pulang ke rumah untuk bersama anak-anak.
Permintaan tersebut seakan-akan memberi gambaran arwah bersedia untuk ‘pergi’ buat selama-lamanya.
|
EraPajura replied at 26-12-2022 11:48 AM
Aritu pernah ade bace gossip die tapi pasal ape eh?sumpah lupa.
winky1 replied at 26-12-2022 12:29 PM
Wpun I tak sokong kes dulu ..I still cannot accept netizen yg condemned dia teruk2 mcm yg lelaki tu ...
EraPajura replied at 26-12-2022 11:48 AM
Aritu pernah ade bace gossip die tapi pasal ape eh?sumpah lupa.
ADVERTISEMENT