250 juta dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya, 18 peratus penduduk dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu. Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini. Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19.
Imuniti rendah yang berpunca daripada kadar vaksinasi tidak meluas dan kekurangan jangkitan sebelum ini akibat dasar sifar Covid, menjadi pendorong kepada gelombang Covid-19 di China pada masa ini. Sehingga sejuta orang dibimbangi berisiko meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut satu unjuran yang mengejutkan. Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Sun Yang mendedahkan angka terkini itu semasa taklimat kesihatan Rabu lalu, lapor akhbar Financial Times. Angka itu termasuk 37 juta orang yang dijangkiti Selasa lalu sahaja yang menyumbang kira-kira 2.6 peratus daripada penduduk China. Yang berkata, Covid-19 kini merebak pada kadar yang lebih cepat. Kira-kira separuh daripada penduduk di bandar raya Beijing dan Sichuan telah pun dijangkiti, kata sumber pula. Sumber: Kosmo
|
dua_chzy replied at 25-12-2022 01:10 PM
Blastoff kata betul ke Kobid atau aefi beksin?
Buritan replied at 25-12-2022 05:13 AM
Nape depa teruk sgt ehh.. aku dah laa vkdin sinobek.. tiga dos sinobrk.. nak pfizer rasa takut la ...
nazurah replied at 25-12-2022 05:17 AM
Staff iols dah booster 2x pun tetap jua kena covid 2x dalam masa 9 bulan
nazurah replied at 25-12-2022 01:17 PM
Staff iols dah booster 2x pun tetap jua kena covid 2x dalam masa 9 bulan
opie5662 replied at 25-12-2022 05:59 AM
Aiyoooo.. Dah nk masuk 4 tahun kobid.. Takkan x paham lg vaksin bkn jaminan tak kene kobid. Taknak ...
Buritan replied at 25-12-2022 01:13 PM
Nape depa teruk sgt ehh.. aku dah laa vkdin sinobek.. tiga dos sinobrk.. nak pfizer rasa takut la ...
dua_chzy replied at 25-12-2022 02:12 PM
Aku cuba cari video CDC director si Rochelle Walensky yang penuh yakin bilang you'll never get Cov ...
green~tea replied at 25-12-2022 02:15 PM
Ko dah kena covid tak.. kalo dah kena covid dont bother to booster lah.. dah immune pun kan
dua_chzy replied at 25-12-2022 01:20 PM
1. Beksin Sinobek tak berkesan.
2. Aefi beksin.
3. Virus kobid generasi 2022 lagik ganas dari viru ...
cepheid replied at 25-12-2022 02:03 PM
China kan buat polisi zero covid dulu dan sekarang dah tak implement dah. Member aku kat sana cakap ...
Zack8hunter replied at 25-12-2022 02:44 PM
Dr Noor Hisham dan KJ rajin retweet psl hal covid kt China ni.. especially dr epidemiologist Dr Eric ...
ADVERTISEMENT