CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3176|Reply: 58

250 Juta Orang Dijangkiti Covid-19 Dalam Tempoh 20 Hari Di China

[Copy link]
Post time 25-12-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode
250 juta dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 20 hari pertama pada bulan ini di China, demikian menurut anggaran rasmi ketika kekalutan tentang peningkatan kes koronavirus berterusan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China percaya, 18 peratus penduduk dijangkiti selepas Beijing membuat pusingan U dengan memansuhkan dasar sifar Covid-19 yang kontroversi bulan lalu.


Hospital-hospital dibanjiri pesakit, manakala bilik-bilik mayat juga dipenuhi pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Angka rasmi pemerintah China menunjukkan kes menurun, namun ia dipercayai berpunca daripada penurunan ujian saringan berbanding sebelum ini.




AFP




Pakar-pakar memberitahu MailOnline bahawa situasi di negara tersebut boleh menyebabkan seluruh dunia kembali ke tahap pertama dalam memerangi Covid-19.


Imuniti rendah yang berpunca daripada kadar vaksinasi tidak meluas dan kekurangan jangkitan sebelum ini akibat dasar sifar Covid, menjadi pendorong kepada gelombang Covid-19 di China pada masa ini.


Sehingga sejuta orang dibimbangi berisiko meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, demikian menurut satu unjuran yang mengejutkan.


Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), Sun Yang mendedahkan angka terkini itu semasa taklimat kesihatan Rabu lalu, lapor akhbar Financial Times.


Angka itu termasuk 37 juta orang yang dijangkiti Selasa lalu sahaja yang menyumbang kira-kira 2.6 peratus daripada penduduk China. Yang berkata, Covid-19 kini merebak pada kadar yang lebih cepat.


Kira-kira separuh daripada penduduk di bandar raya Beijing dan Sichuan telah pun dijangkiti, kata sumber pula.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Blastoff kata betul ke Kobid atau aefi beksin?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-12-2022 01:10 PM
Blastoff kata betul ke Kobid atau aefi beksin?

Nape depa teruk sgt ehh.. aku dah laa vkdin sinobek.. tiga dos sinobrk.. nak pfizer rasa takut la plk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Staff iols dah booster 2x pun tetap jua kena covid 2x dalam masa 9 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-12-2022 05:13 AM
Nape depa teruk sgt ehh.. aku dah laa vkdin sinobek.. tiga dos sinobrk.. nak pfizer rasa takut la  ...

1. Beksin Sinobek tak berkesan.
2. Aefi beksin.
3. Virus kobid generasi 2022 lagik ganas dari virus generasi 2020/21.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 25-12-2022 05:17 AM
Staff iols dah booster 2x pun tetap jua kena covid 2x dalam masa 9 bulan

Mungkin kena cucuk booster 10 kali barulah auto immune.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nazurah replied at 25-12-2022 01:17 PM
Staff iols dah booster 2x pun tetap jua kena covid 2x dalam masa 9 bulan

Aiyoooo.. Dah nk masuk 4 tahun kobid.. Takkan x paham lg vaksin bkn jaminan tak kene kobid. Taknak kene kobid.. Jaga la diri elok2. Vaksin sekadar usaha mengurangkan effect yg teruk sahaja... Tu pon ada jgk dah beksin pon kene teruk jgk. Yg penting jaga la diri utk terhindar dr kobid
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak.mati nya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
China kan buat polisi zero covid dulu dan sekarang dah tak implement dah. Member aku kat sana cakap banyak orang tua tak vaksin kat sana jadi memang dah agak once diaorang tukar polisi ni ramai akan kena jangkitan. Lepas beberapa ketika akan turun balik la bilangan tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
opie5662 replied at 25-12-2022 05:59 AM
Aiyoooo.. Dah nk masuk 4 tahun kobid.. Takkan x paham lg vaksin bkn jaminan tak kene kobid. Taknak ...

Aku cuba cari video CDC director si Rochelle Walensky yang penuh yakin bilang you'll never get Covid if you're vaccinated, tapi tak jumpa.



Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la korang kena covid direct je dari harap sinovac ciptaan korang yang takde function tu...

Semoga kamu lekas build immunity... stok2 sinovac sila buang kambus belakang rumah yachhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-12-2022 01:13 PM
Nape depa teruk sgt ehh.. aku dah laa vkdin sinobek.. tiga dos sinobrk.. nak pfizer rasa takut la  ...

Ko dah kena covid tak.. kalo dah kena covid dont bother to booster lah.. dah immune pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 02:19 PM | Show all posts
fuh tu dia. dasat
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-12-2022 02:12 PM
Aku cuba cari video CDC director si Rochelle Walensky yang penuh yakin bilang you'll never get Cov ...

Whatever it is... Aku lh percaya jaga diri sendiri je... Itu je cara jgn bg kene covid. Kau vaksin ke tak vaksin ke sama je sebenarnya. Pilihan masing2. Tp kalau sendiri x jaga... Setahun 2 3 kali pon boleh kene...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr Noor Hisham dan KJ rajin retweet psl hal covid kt China ni.. especially dr epidemiologist Dr Eric Ding.. Bila baca tweet Dr Eric ni scary hokey, rasa mcm dunia akan mengalami pandemik sekali lagi tak lama lagi sbb kes kt China dah x terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-12-2022 02:15 PM
Ko dah kena covid tak.. kalo dah kena covid dont bother to booster lah.. dah immune pun kan

Dah kena dah lopes booster.. so aku slmt ke ni.. aminn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-12-2022 01:20 PM
1. Beksin Sinobek tak berkesan.
2. Aefi beksin.
3. Virus kobid generasi 2022 lagik ganas dari viru ...

Aku nama kobik ni aku pening.. dr vksinya.. dr aefinya.. dr segi pyakitnya.. segala galanya.. mmg goyang tetek
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cepheid replied at 25-12-2022 02:03 PM
China kan buat polisi zero covid dulu dan sekarang dah tak implement dah. Member aku kat sana cakap  ...

Org tua laa yg kena ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Zack8hunter replied at 25-12-2022 02:44 PM
Dr Noor Hisham dan KJ rajin retweet psl hal covid kt China ni.. especially dr epidemiologist Dr Eric ...

Betul ke ni ekkk... duk sejadah je la aku cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn turun sini dah lahhh. Koser nak hadap pkp lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.075293 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list