Seekor monyet liar membuang beg dicurinya daripada pelancong yang mengandungi wang tunai 50,000 baht (kira-kira RM6,370) dari tebing, selepas mendapati tiada makanan di dalamnya.
Dalam kejadian berlaku pada Khamis di wilayah Srisaket, timur laut Thailand itu sepasukan renjer hutan kemudian menuruni tebing untuk mengambil beg berkenaan. Menurut laporan The Thaiger, renjer taman di Taman Negara Khao Phra Wihan menerima panggilan daripada seorang wanita Thailand berusia 55 tahun pada 3 petang mendakwa seekor monyet liar mengambil begnya dan menggeledah untuk mencari makanan. Selepas mendapati tiada makanan, haiwan itu membuang beg berkenaan dari tebing Pha Mor.
Pelancong itu kemudian memohon renjer membantunya mendapatkan semula beg itu kerana ia mengandungi banyak wang tunai, barangan berharga lain dan beberapa dokumen penting. Sepasukan renjer turun ke bawah tebing untuk mencari beg berharga itu. Selepas turun 100 meter dari atas tebing itu, mereka menjumpai beg itu dan ia dikembalikan kepada pemiliknya. Lebih mengejutkan, renjer menemui lebih banyak barang lain yang hilang di bawah tebing itu, dipercayai dilemparkan monyet di kawasan berkenaan. Renjer mengumpul semua barang berkenaan dan memberitahu akan berusaha untuk menyerahkan semua itu kepada pemiliknya. Dalam pada itu, Ketua Taman Negara Khao Phra Wihan berkata, monyet liar di kawasan itu agresif dan sentiasa merampas barangan daripada pelancong untuk mencari makanan. Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelancong supaya sentiasa berwaspada dan mengelak memberi makanan kepada monyet. Sumber: Harian Metro
|
Lebih mengejutkan, renjer menemui lebih banyak barang lain yang hilang di bawah tebing itu, dipercayai dilemparkan monyet di kawasan berkenaan.
dua_chzy: Monyet ni antara binatang yang ...
ADVERTISEMENT