CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 763|Reply: 6

Pelancong 'Dirompak' Monyet, Buang Beg Berisi RM6,370 Dari Tebing Lepas Tak Jumpa Makanan

[Copy link]
Post time 25-12-2022 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Seekor monyet liar membuang beg dicurinya daripada pelancong yang mengandungi wang tunai 50,000 baht (kira-kira RM6,370) dari tebing, selepas mendapati tiada makanan di dalamnya.


Dalam kejadian berlaku pada Khamis di wilayah Srisaket, timur laut Thailand itu sepasukan renjer hutan kemudian menuruni tebing untuk mengambil beg berkenaan.




Gambar hiasan




Menurut laporan The Thaiger, renjer taman di Taman Negara Khao Phra Wihan menerima panggilan daripada seorang wanita Thailand berusia 55 tahun pada 3 petang mendakwa seekor monyet liar mengambil begnya dan menggeledah untuk mencari makanan.


Selepas mendapati tiada makanan, haiwan itu membuang beg berkenaan dari tebing Pha Mor.


Pelancong itu kemudian memohon renjer membantunya mendapatkan semula beg itu kerana ia mengandungi banyak wang tunai, barangan berharga lain dan beberapa dokumen penting.


Sepasukan renjer turun ke bawah tebing untuk mencari beg berharga itu.


Selepas turun 100 meter dari atas tebing itu, mereka menjumpai beg itu dan ia dikembalikan kepada pemiliknya.


Lebih mengejutkan, renjer menemui lebih banyak barang lain yang hilang di bawah tebing itu, dipercayai dilemparkan monyet di kawasan berkenaan.


Renjer mengumpul semua barang berkenaan dan memberitahu akan berusaha untuk menyerahkan semua itu kepada pemiliknya.


Dalam pada itu, Ketua Taman Negara Khao Phra Wihan berkata, monyet liar di kawasan itu agresif dan sentiasa merampas barangan daripada pelancong untuk mencari makanan.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelancong supaya sentiasa berwaspada dan mengelak memberi makanan kepada monyet.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Monyet ni antara binatang yang aiols tak suka sebab bipolar kejap ok kejap ganas. Pernah diserang monyet kawan bapa. Abis dia cengkam kapla aiols, nasib baik dia tak kokak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 02:21 PM | Show all posts
Lebih mengejutkan, renjer menemui lebih banyak barang lain yang hilang di bawah tebing itu, dipercayai dilemparkan monyet di kawasan berkenaan.

mesti banyak kondom kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2022 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy: Monyet ni antara binatang yang ...


Ahchong cakap teori darwins manusia berasal dari monyet
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 08:10 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2024 01:22 PM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2024 08:16 AM | Show all posts
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050642 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list