Remaja perempuan di Amerika Syarikat yang menjadi mangsa buli dalam talian selama setahun terkejut apabila mendapati pembuli itu adalah ibunya sendiri.
Daily Star melaporkan, Kendra Gail Licari, dari Mount Pleasant, Michigan, didakwa awal minggu ini selepas penyiasatan selama setahun yang membabitkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Walaupun Licari menggunakan Rangkaian Peribadi Maya (VPN) bagi mengaburi identitinya dan mengubah cara komunikasi seolah-olah ditulis oleh seorang remaja, detektif tetap dapat mengesan yang mesej itu dihantar oleh wanita berkenaan. Selepas si anak meminta bantuan ibunya, Licari didakwa melaporkan kes buli itu kepada pihak berkuasa.
Licari juga berpakat dengan ibu kepada teman lelaki anak perempuannya ketika itu untuk 'membantu' mencari pembuli siber yang dikatakan menghantar puluhan mesej dalam sehari. Pada mulanya, pihak berkuasa sekolah tidak dapat membantu kes itu, dan penguat kuasa undang-undang tempatan tidak mempunyai sumber untuk mengesan suspek. "Ketika pertama kali kes diadukan ke pejabat kami, ia adalah pelik dan hampir sukar untuk dipercayai. "Ia adalah kempen penyalahgunaan yang berterusan. Kami bercakap mengenai ratusan mesej teks, lebih 1,000 halaman dalam kes itu," kata Pendakwa Raya Daerah Isabella, David Barberi kepada stesen radio tempatan, WKRC. Barberi berkata, kebanyakan mesej bertujuan mengganggu, merendahkan maruah, melemahkan semangat, dan hanya teks jahat. Bagaimanapun, selepas pakar komputer dari FBI, secara positif mengenal pasti mesej itu sebagai datang dari telefon Licari, wanita itu terpaksa mengakui melakukan buli siber terhadap seorang remaja lelaki dan anak perempuannya. Sumber: Harian Metro
|
dani-rox replied at 24-12-2022 10:33 PM
The mother~ of all plot twists.
Jeles dgn anak sendiri ke? Gilosss.
sharlenetexas replied at 24-12-2022 10:48 PM
Ke ada yg inbreed?
lightheaded67 replied at 25-12-2022 08:05 AM
ade je. kita takleh rapat2 dgn bapak kita. nnti dia bagi gaduh anak dgn bapak. dgn siape2 dlm circle ...
makita replied at 25-12-2022 02:56 PM
Omg...betul mmg ada mak gini. Ada kes si anak tu diam je sbb x nak melawan. Si mak nak ank buat ap ...
imransulaiman replied at 25-12-2022 06:09 AM
Jangan le mak dia main forum Cari....huhu
ADVERTISEMENT