CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2901|Reply: 33

Anak Terkejut Dibuli Siber Ibu Sendiri

[Copy link]
Post time 24-12-2022 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Remaja perempuan di Amerika Syarikat yang menjadi mangsa buli dalam talian selama setahun terkejut apabila mendapati pembuli itu adalah ibunya sendiri.


Daily Star melaporkan, Kendra Gail Licari, dari Mount Pleasant, Michigan, didakwa awal minggu ini selepas penyiasatan selama setahun yang membabitkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).


Walaupun Licari menggunakan Rangkaian Peribadi Maya (VPN) bagi mengaburi identitinya dan mengubah cara komunikasi seolah-olah ditulis oleh seorang remaja, detektif tetap dapat mengesan yang mesej itu dihantar oleh wanita berkenaan.




Licari (kiri) - Isabella County Jail




Selepas si anak meminta bantuan ibunya, Licari didakwa melaporkan kes buli itu kepada pihak berkuasa.


Licari juga berpakat dengan ibu kepada teman lelaki anak perempuannya ketika itu untuk 'membantu' mencari pembuli siber yang dikatakan menghantar puluhan mesej dalam sehari.


Pada mulanya, pihak berkuasa sekolah tidak dapat membantu kes itu, dan penguat kuasa undang-undang tempatan tidak mempunyai sumber untuk mengesan suspek.


"Ketika pertama kali kes diadukan ke pejabat kami, ia adalah pelik dan hampir sukar untuk dipercayai.


"Ia adalah kempen penyalahgunaan yang berterusan. Kami bercakap mengenai ratusan mesej teks, lebih 1,000 halaman dalam kes itu," kata Pendakwa Raya Daerah Isabella, David Barberi kepada stesen radio tempatan, WKRC.


Barberi berkata, kebanyakan mesej bertujuan mengganggu, merendahkan maruah, melemahkan semangat, dan hanya teks jahat.


Bagaimanapun, selepas pakar komputer dari FBI, secara positif mengenal pasti mesej itu sebagai datang dari telefon Licari, wanita itu terpaksa mengakui melakukan buli siber terhadap seorang remaja lelaki dan anak perempuannya.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknya takde keje lain ka? Awat buli anak sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 10:33 PM | Show all posts
The mother~ of all plot twists.

Jeles dgn anak sendiri ke? Gilosss.

tp kokesen nih, dia punya sewel lain macam kan? adakah genetik neanderthal terpancar terik?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak tiri ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cth mak toxic..mmg ada ke mak gini
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 24-12-2022 10:33 PM
The mother~ of all plot twists.

Jeles dgn anak sendiri ke? Gilosss.

Ke ada yg inbreed?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2022 10:49 PM | Show all posts

mungkin jugak. kegilaan yg di luar jangkauan konsepnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
maknya muka mcm pelakon turkiye bige onal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2022 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan le mak dia main forum Cari....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm betul peel si mak ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheols ni muka tak cantik & perangai psycho seiring
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak nye jeles dengan anak sendiri nihhhh
Ada aje emak cenggini

Tu belum lagi anak dapat boipren ke kawin laki kayo
Mendidih aje emaknya menengok tuah anak
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Musuh wanita adalah wanita
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 21-5-2023 08:07 AM

ooopssss my bad

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 11:21 AM | Show all posts
it is an idea..menarik kalau difilemkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 02:23 PM | Show all posts
it’s me. hi. im the problem. it’s me
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 25-12-2022 08:05 AM
ade je. kita takleh rapat2 dgn bapak kita. nnti dia bagi gaduh anak dgn bapak. dgn siape2 dlm circle ...

Omg...betul mmg ada mak gini. Ada kes si anak tu diam je sbb x nak melawan. Si mak nak ank buat apa2 benda ke....tapi bagitaw si bapak, anak tanak buat. Maka ank ni tiba2 kene maki free.

Ada kes tu..si anak bwk kwn lelaki jumpa family..boleh si mak kata si anak ni x reti masak dan pemalas. Padahal keje2 suma ank ni yg settlekan.

Gila punya dunia. Emosi si anak tu nak kutip satu2 semangat nak bangun punya la payah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 25-12-2022 02:56 PM
Omg...betul mmg ada mak gini. Ada kes si anak tu diam je sbb x nak melawan. Si mak nak ank buat ap ...

huhu tu lah tu mcm2 style.. tp cuol kita slalu ot, org marah tak. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 06:19 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 25-12-2022 06:09 AM
Jangan le mak dia main forum Cari....huhu

ini mau anak kuin hamis kepam...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 06:23 PM | Show all posts
rajin mak dia bg mesej tiap2 hari, mak dia mmg xde koje la ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.363290 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list