CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mabuk Maut Bergaduh

24-12-2022 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1062| Komen: 5

Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki lain ketika kedua-duanya mabuk di Jalan Sungai Segget di sini, semalam.

Dua lelaki mabuk dipercayai bergaduh hingga membawa kematian kepada seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an.

Dalam kejadian berlaku di Jalan Sungai Segget, semalam kira-kira 9.40 malam itu, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan parah di atas jalan raya dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, orang awam berjaya membantu menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai bergaduh dengan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


Katanya, semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

"Hasil siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa yang kedua-duanya dalam keadaan mabuk.

"Suspek dipercayai telah memukul mangsa di bahagian muka dan kepala menggunakan tangan dan kakinya.

"Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian muka dan kepala," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Raub mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam yang bertindak pantas dalam membantu menahan suspek sehingga kes itu dapat diselesaikan dalam masa kurang 24 jam.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 24-12-2022 12:38 PM
Good riddance.
Quote miszclassique 24-12-2022 01:01 PM
Alahai kenapa tak dedua K. O.
Quote Decaffeinated 24-12-2022 01:33 PM
Inilah hikmah islam mengharamkan arak. Syukur

Quote lightheaded67 24-12-2022 05:45 PM
Decaffeinated: Inilah hikmah islam mengharamk ...

red wine boleh buat ubat mcm ganja tak?
Quote edayildiz 24-12-2022 05:53 PM
ni mesti yg asal mabuk jer jenis suka terpekik buat bising..mcm manager i
semua tak nak bawak dia  pergi jjcm sbb dia mabuk pastu bising carut maki org..mental bethol

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.038295 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top