Kegembiraan enam sahabat bertukar tragedi ketika mandi-manda di kawasan takungan air banjir berhampiran kawasan litar motocross di Kampung Paloh, Tendong.
Salah seorang daripada mereka, Mohd Nazmi Haikal Mohd Nasrul, 18, lemas dan mayatnya ditemui orang awam pada jam 10 pagi tadi selepas usaha mencari remaja itu dijalankan di kawasan berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.26 pagi. “Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mayat mangsa sudah dijumpai oleh orang awam.
“Berdasarkan maklumat, salah seorang daripada kumpulan remaja itu telah meminta bantuan orang kampung selepas menyedari mangsa tenggelam ketika mandi di dalam takungan air banjir itu,” katanya. Ahmad Ridhuan memberitahu, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
edee_91 replied at 23-12-2022 10:51 PM
sebab kalau meninggal hari lain masuk neraka?
Decaffeinated replied at 23-12-2022 04:19 PM
yang ini pun dapat bantuan 10k tak?
soalan serius
acik79 replied at 24-12-2022 12:27 AM
Meninggal hari Jumaat terselamat dari azab kubur dik…
acik79 replied at 24-12-2022 12:27 AM
Meninggal hari Jumaat terselamat dari azab kubur dik…
acik79 replied at 24-12-2022 12:27 AM
Meninggal hari Jumaat terselamat dari azab kubur dik…
acik79 replied at 24-12-2022 12:27 AM
Meninggal hari Jumaat terselamat dari azab kubur dik…
edayildiz replied at 26-12-2022 12:08 AM
aritu i terbaca psl tu ckp hari jumaat tu terlepas azab utk haritu jer sbb malaikat off day..tp ma ...
ashilalat replied at 26-12-2022 12:27 AM
Malaikat pon ada off day ke?
ADVERTISEMENT