View: 2171|Reply: 22
|
Kegembiraan Enam Sahabat Berakhir Tragedi, Rakan Lemas Dalam Takungan Air Banjir
[Copy link]
|
|
Kegembiraan enam sahabat bertukar tragedi ketika mandi-manda di kawasan takungan air banjir berhampiran kawasan litar motocross di Kampung Paloh, Tendong.
Salah seorang daripada mereka, Mohd Nazmi Haikal Mohd Nasrul, 18, lemas dan mayatnya ditemui orang awam pada jam 10 pagi tadi selepas usaha mencari remaja itu dijalankan di kawasan berkenaan.
FOTO IHSAN BOMBA
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.26 pagi.
“Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mayat mangsa sudah dijumpai oleh orang awam.
“Berdasarkan maklumat, salah seorang daripada kumpulan remaja itu telah meminta bantuan orang kampung selepas menyedari mangsa tenggelam ketika mandi di dalam takungan air banjir itu,” katanya.
Ahmad Ridhuan memberitahu, jenazah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu...meninggal pula di hari Jumaat. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan roh2 org2 yg soleh... Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kalau meninggal hari lain masuk neraka? |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm cari nahas pi terjun kolam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang ini pun dapat bantuan 10k tak?
soalan serius
|
|
|
|
|
|
|
|
edee_91 replied at 23-12-2022 10:51 PM
sebab kalau meninggal hari lain masuk neraka?
Meninggal hari Jumaat terselamat dari azab kubur dik… |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada janji meninggal dunia hari Jumaat terlepas azab kubur
Rabu, 21 November 2018 7:51 PM
Tiada dalil yang sahih mengatakan seseorang Muslim meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas seksa kubur. Gambar sekadar hiasan.
MASIH ramai yang terpengaruh dengan teori kononnya seseorang Muslim yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat akan mendapat ganjaran iaitu terlepas daripada azab seksa kubur.
Bagaimana pula jika seseorang yang meninggal pada waktu itu dalam keadaan dirinya kufur atau baharu selesai melakukan maksiat? Adakah dia terpelas daripada azab berkenaan?
Ia tentunya tidak adil bagi Muslim lain yang sepanjang hidupnya mencari keredaan Allah, sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi penyayang dan bersifat bijaksana.
Terdapat banyak hadis palsu dan lemah menyentuh mengenai kelebihan meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat yang tidak seharusnya kita percaya.
Sebaliknya hanya terdapat beberapa hadis sahih yang sekadar menceritakan akan kelebihan hari Jumaat.
"Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat" - [Riwayat Muslim].
Ia tidak pun menceritakan tentang orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan mendapat keampunan Allah terhadap azab kubur.
Jika dilihat kepada kelebihan hari, tentunya Isnin lebih baik kerana Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin, kemudiannya baginda wafat juga pada hari yang sama termasuk sama tarikh kelahirannya ialah 12 Rabiulawal.
Diceritakan ketika Abu Bakar mendapat perkhabaran mengenai kewafatan Rasulullah lalu beliau bertanya kepada isteri baginda Nabi iaitu Aisyah; Hari ini hari apa? Lalu Aisyah menjawab Isnin. Kemudian Abu Bakar pun berkata, aku berharap (meninggal dunia) sebelum masuk waktu malam - [Riwayat al-Bukhairi].
Beliau meninggal dunia pada malam Selasa manakala jenazahnya dikebumikan sebelum Subuh sebelah makam Nabi.
Ini memberi contoh bagaimana kekasih Allah diambil nyawanya selain hari Jumaat manakala Abu Bakar selaku khalifah pertama pula meninggal dunia pada hari Selasa.
Rasulullah pun bersabda, mereka sedang diseksa dalam kubur. Sekiranya kamu tidak bimbang untuk (melakukan kerja) mengebumikan mayat, aku mohon kepada Allah untuk mendengarkan kepada kamu semua, dahsyatnya seksa kubur sebagaimana aku dengar.
Jika benar Jumaat mempunyai kelebihan sehingga seseorang yang meninggal itu akan terlepas azab kubur, tentunya mereka yang istimewa di sisi Allah akan diambil nyawanya pada hari berkenaan.
Justeru, kematian pada hari apapun bukan ukuran sebaliknya setiap umat Islam perlu meningkatkan amalan masing-masing agar tergolong dalam kalangan ahli-ahli syurga yang terlepas daripada azab seksa kubur dan api neraka.
Diseksa dalam kubur
Dalam satu hadis diriwayatkan Muslim menceritakan Zahid bin Tsabit berkata, ketika Nabi SAW di kebun Bani Najjar yang terdapat perkuburan di kawasan itu sambil menaiki seekor keldai, tiba-tiba keldai membelok sehingga hampir jatuh.
Lalu Nabi bertanya; Dalam kalangan kalian, siapa tahu kuburan-kuburan ini milik siapa? Kemudian seorang lelaki berkata, miliknya.
Nabi bertanya lagi, bila mereka meninggal?
Jawab pemilik kuburan itu, mereka mati dalam keadaan syirik lalu Rasulullah pun bersabda, mereka sedang diseksa dalam kubur. Sekiranya kamu tidak bimbang untuk (melakukan kerja) mengebumikan mayat, aku mohon kepada Allah untuk mendengarkan kepada kamu semua, dahsyatnya seksa kubur sebagaimana aku dengar.
Kemudian Rasulullah pun memalingkan mukanya kepada mereka dan bersabda berlindunglah kamu daripada seksa api neraka, berlindunglah kamu daripada seksa kubur, berlindunglah kamu dengan Allah dari fitnah yang baik, nyata atau pun tersembunyi dan berlindunglah kamu daripada fitnah Dajal. Semua sabda Nabi itu disambut oleh para sahabat - [Riwayat Muslim].
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa carik bahaya anak2. Takziah buat keluarga yang kehilangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-12-2022 04:19 PM
yang ini pun dapat bantuan 10k tak?
soalan serius
Mungkin dapat kalau ada pihak rajin mencapub bagi pihak mereka di socmed. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 24-12-2022 12:27 AM
Meninggal hari Jumaat terselamat dari azab kubur dik…
Kematian yang dicemburui ummah |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 24-12-2022 12:27 AM
Meninggal hari Jumaat terselamat dari azab kubur dik…
aritu i terbaca psl tu ckp hari jumaat tu terlepas azab utk haritu jer sbb malaikat off day..tp masuk hari sabtu kena jgk..
sorry kalau slh |
|
|
|
|
|
|
|
takziah..at least dia sempat buat benda dia nak buat sblm meninggal kan |
|
|
|
|
|
|
|
acik79 replied at 24-12-2022 12:27 AM
Meninggal hari Jumaat terselamat dari azab kubur dik…
Slh rasanya.. rasanya meninggal jumaat terhindar dari fitnah kubur. Sbb tu sape yg meninggal rata2 org akan ucap yg baik2.. tetap diazab kot kalau mati dlm keadaan maksiat dan keadaan jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 26-12-2022 12:08 AM
aritu i terbaca psl tu ckp hari jumaat tu terlepas azab utk haritu jer sbb malaikat off day..tp ma ...
Malaikat pon ada off day ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 26-12-2022 12:27 AM
Malaikat pon ada off day ke?
huhu maafin kalau slh info..i xtau sis ayat yg sesuai nk sampaikn balik apa yg i pernah terbc |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan dosa2nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|