CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Pernah Berlakon Filem Seram Sebab Penakut, Nadiya Nisaa Akhirnya Terjebak Lepas 'Ditipu'

23-12-2022 07:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1459| Komen: 6

Dibelenggu perasaan takut membuat Nadiya Nisaa sering menolak tawaran untuk membintangi naskhah seram sebelum ini.


Namun, dia berubah hati buat pertama kali apabila menerima tawaran untuk terlibat dalam filem seram Harum Malam arahan pengarah Dain Said. 


IG Nadiya

“Harum Malam merupakan filem seram pertama saya… sebenarnya mula-mula saya menolak tawaran itu dan ikutkan sebenarnya saya selalu tolak tawaran filem seram.

“Sebab saya ini sebenarnya seorang yang penakut. Bila penerbit menyatakan hasrat bahawa Dain Said mahu saya membawakan watak Dina dalam filem ini, saya tolak.

“Walaupun saya sangat mengagumi Dain dan mahu terbabit sama dalam karyanya, saya terpaksa menolak. Tapi akhirnya saya terima tawaran itu selepas mereka ‘menipu’ saya sedikit,” katanya kepada Gempak.

Nadiya ditemui ketika sesi temu bual eksklusif bersama media di Restauran Alexis, Great Astern Mall, Ampang, Kuala Lumpur pada semalam.

Berkongsi mengenai taktik ‘menipu’ yang dimaksudkan, Nadiya memberitahu dia hanya dimaklumkan memegang watak Dina yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional dan mempunyai deria keenam.

“Mereka kata, watak saya itu bukan watak hantu atau dihantui, sebaliknya saya hanya perlu menghidupkan watak Dina, seorang pengamal perubatan yang mempunyai deria keenam.

“Sebab itulah saya terima, tapi bila sampai set, tak sangka pula saya kena juga buat solekan khas untuk menjayakan watak,” ujarnya lagi.


IG Nadiya

Berkisarkan pergelutan hidup Iqbal lakonan Idan Aedan, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib.

Keupayan luar biasa ini mengakibatkan lqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuknya membezakan antara realiti dan ghaib sehinggalah dia terpaksa menggunakan kebolehan istimewa itu untuk melawan makhluk tersebut apabila rakan-rakan dan keluarganya terdedah dengan makhluk ghaib yang bahaya. 

Filem terbitan Apparat dan kerjasama dengan D'Ayu Pictures dan Skop Productions ini turut dibintangi Bront Palarae, Remy Ishak, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud serta Faizal Hussein dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari depan.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-12-2022 04:55 AM
Filem Dain Said ni memang pelik2 tapi aku suka layan..
Quote electricopop 28-12-2022 11:16 AM
Karya Dain Said best best. Can't wait! Nad Nissa pun hebat!
Quote akuHavocczz 28-12-2022 11:17 AM
Kalau film nadiya nisaa berlakon! Its a must watch movie. Confirm!
Quote scrocth 28-12-2022 12:27 PM
Pelakon fav aku di era 2010an selain noorkhiriah.
Quote supernaturalee 28-12-2022 03:23 PM
suka filem2 dain said ni sbb elemen2 mistik, thriller die dlm kehidupan semasa
utk filem local, mmg layan


Quote dekmieDandy 28-12-2022 04:06 PM
wow, yang ni macam interested nak tengok kat wayang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.030874 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top