View: 1183|Reply: 6
|
Tak Pernah Berlakon Filem Seram Sebab Penakut, Nadiya Nisaa Akhirnya Terjebak Lepas 'Ditipu'
[Copy link]
|
|
Dibelenggu perasaan takut membuat Nadiya Nisaa sering menolak tawaran untuk membintangi naskhah seram sebelum ini.
Namun, dia berubah hati buat pertama kali apabila menerima tawaran untuk terlibat dalam filem seram Harum Malam arahan pengarah Dain Said.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/23/195759nij4hdyvhjdj2wfw.jpg) IG Nadiya
“Harum Malam merupakan filem seram pertama saya… sebenarnya mula-mula saya menolak tawaran itu dan ikutkan sebenarnya saya selalu tolak tawaran filem seram.
“Sebab saya ini sebenarnya seorang yang penakut. Bila penerbit menyatakan hasrat bahawa Dain Said mahu saya membawakan watak Dina dalam filem ini, saya tolak.
“Walaupun saya sangat mengagumi Dain dan mahu terbabit sama dalam karyanya, saya terpaksa menolak. Tapi akhirnya saya terima tawaran itu selepas mereka ‘menipu’ saya sedikit,” katanya kepada Gempak.
Nadiya ditemui ketika sesi temu bual eksklusif bersama media di Restauran Alexis, Great Astern Mall, Ampang, Kuala Lumpur pada semalam.
Berkongsi mengenai taktik ‘menipu’ yang dimaksudkan, Nadiya memberitahu dia hanya dimaklumkan memegang watak Dina yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional dan mempunyai deria keenam.
“Mereka kata, watak saya itu bukan watak hantu atau dihantui, sebaliknya saya hanya perlu menghidupkan watak Dina, seorang pengamal perubatan yang mempunyai deria keenam.
“Sebab itulah saya terima, tapi bila sampai set, tak sangka pula saya kena juga buat solekan khas untuk menjayakan watak,” ujarnya lagi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/23/195759kr0jyjzy55jtl6yz.jpg) IG Nadiya
Berkisarkan pergelutan hidup Iqbal lakonan Idan Aedan, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib.
Keupayan luar biasa ini mengakibatkan lqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuknya membezakan antara realiti dan ghaib sehinggalah dia terpaksa menggunakan kebolehan istimewa itu untuk melawan makhluk tersebut apabila rakan-rakan dan keluarganya terdedah dengan makhluk ghaib yang bahaya.
Filem terbitan Apparat dan kerjasama dengan D'Ayu Pictures dan Skop Productions ini turut dibintangi Bront Palarae, Remy Ishak, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud serta Faizal Hussein dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 9 Febuari depan.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Dain Said ni memang pelik2 tapi aku suka layan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Karya Dain Said best best. Can't wait! Nad Nissa pun hebat! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau film nadiya nisaa berlakon! Its a must watch movie. Confirm! |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon fav aku di era 2010an selain noorkhiriah. |
|
|
|
|
|
|
|
suka filem2 dain said ni sbb elemen2 mistik, thriller die dlm kehidupan semasa
utk filem local, mmg layan
|
|
|
|
|
|
|
|
wow, yang ni macam interested nak tengok kat wayang |
|
|
|
|
|
|
| |
|